IKLAN

Orang hebat!

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Merancang Pencapaian 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bakal penulis, doktor, ulama, menteri, ahli sukan dan juga bakal jutawan yang pemurah. (^_^)v

Ahmad Din berminat untuk berkongsi satu idea sebelum menjelang tahun 2012.

Sebelum itu saya mahu bertanya, adakah tuan dan cikpuan semua sudah membuat persediaan aktiviti dan pekerjaan yang hendak dibuat sepanjang tahun depan?

Sekiranya belum, saya cadangkan agar kita mulakan mencatat pekerjaan yang kita mahu laksanakan pada tahun 2012 akan datang.

Saya sudahpun membuat beberapa perancangan aktiviti menulis bagi tahun 2012. Sasaran bagi kerja menulis pada tahun 2012 adalah menulis sebanyak XX buah buku. (Amin...amin moga Allah permudahkan)

Adakah saya akan mencapai sasaran ini? Saya juga tidak tahu. Bagaimanapun, apabila kita sudah menulis dan mencatatkan apa yang hendak dilakukan. Allah akan memberikan ruang dan peluang untuk kita laksanakan perancangan itu.

Saya yakin, tuan dan cikpuan semua pernah mendengar, "Jika kita gagal merancang. Kita sebenarnya sedang merancang untuk gagal."

Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan agar kita membuat persediaan dan mula menulis. Apa yang hendak kita capai pada tahun depan dan lima tahun akan datang. :D

Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya menempuh tahun 2012!

 (^_^)b

p/s : Dengan izin tuhan yang menguniakan rezeki. Buku kedua Ahmad Din dan seterusnya dapat diterbitkan pada tahun 2012. Mohon doa daripada tuan dan cikpuan semua semoga semuanya berjalan dengan baik. Dan semoga Allah permudahkan urusan editor-editor yang telah banyak membantu.

Friday, October 14, 2011

Dari Novel Ke Filem | Tips menulis daripada Habiburrahman El Shirazy



Sabtu lalu Ahmad Din hadirkan diri ke satu Bengkel penulisan di UIA Gombak anjuran SERUMPUN. Bagaimanapun, Ahmad Din hanya dapat menyertai sesi yang pertama sahaja iaitu sesi bersama Habiburrahman El Shirazy.

Petama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengangur program ini iaitu SERUMPUN.


Alhamdulillah, tidak banyak dapat sedikit yang Ahmad Din berjaya catatkan ilmu dan maklumat yang disampaikan oleh beliau. Moga bermanfaat buat kita semua. (^__^)y

  1. Novel ayat-ayat cinta (AAC) terjual sebanyak 1 juta naskah.
  2. Pada tahun 2008 AAC telah ditonton oleh seramai 3.8 juta penonton.
  3. Pada tahun 2008 sebanyak 450,000 naskah novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang telah terjual.
  4. Jumlah itu membuatkan banyak penerbit berminat untuk menerbitkan novel KCB menjadi sebuah filem islami.
  5. Pesannya, jika mahu membuat filem islami, semua pihak yang terlibat perlu faham dengan islam. Bermula daripada penulis skrip, pengarah dan juga pelakon itu sendiri mesti faham apa itu islam.
  6. Tujuan menerbitkan filem ini adalah bagi berdakwah melalui filem.
  7. Ada yang bertanya mengapa mesti berdakwah melalui filem? Jawapannya, tuntutan dakwah Islam itu harus disampaikan seluas-luasnya kepada umat manusia di seluruh bumi dengan cara yang indah.
  8. Di barat ada banyak filem-filem yang mengagungkan barat malah ada filem yang menghina islam. Oleh itu, bagi melawan agenda barat itu, kita perlu menggunakan senjata yang sama. Pedang lawannya pedang, filem lawannya juga filem, tulisan lawannya juga tulisan.
  9. Dalam islam cerita yang indah terdapat dalam Surah Yusuf.
  10. Satu jam sahaja kita menonton filem yang tidak bagus, membuatkan kita lupa terus ilmu agama yang diketahui.
  11. Kita perlu menyebarkan ilmu islam, menyebarkan rahmat kepada seluruh alam.
  12. Di setengah kawasan, remaja di kawasan itu sangat sukar dan tidak mahu membaca buku. Malah, mengajak untuk pergi ke masjid juga sukar. Namun, mengajak mereka pergi menonton wayang amat mudah.
  13. Hasilnya, kita hadirkan filem ketika cinta bertasbih bagi menarik mereka menonton filem islami.
  14. Antara syarat-syarat yang dikenakan sekiranya mahu berlakon dalam filek KCB. Pelakon-pelakon itu perlu tahu mengaji Quran. Hasilnya, ramai yang pergi ke sekolah dan bertemu dengan para ustaz mahu belajar mengaji Quran semata-mata mahu lulus audition sebagai pelakon.
  15. Pengkarya tugasnya menghantarkan karya-karya yang indah, menanam minat kepada penonton mengenai islam. Manakala tugas ustaz dan ilmuan pula mengajar mereka apa itu kehidupan cara islam.
  16. Menurut Syeikh Dr Khalid Hindawi. 1 filem islami nilainya sama dengan 1000 buku islami.
  17. Kejayaan filem KCB adalah hasil daripada penelitian AAC yang tidak berapa berjaya.
  18. Bagi menghasilak filem islami, kita perlu memilih piak yang mempunyai kredibiliti.
  19. Kebanyakan filem-filem sebelum ini banyak memilih lokasi di barat. Namun KCB mahu perkenalkan budaya Timur Tengah.
  20. Antara syarat-syarat lain bagi menjadi pelakon dalamfilem KCB, bintang-bintang itu perlu faham dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.
  21. Penulis skrip jug aperlu faham dan mengamalkan Islam.
  22. Penonton akan protes sekiranya pelakon tidak membawa watak Islam di luar lokasi pengambaran (kehidupan seharian).

Sesi audition KCB :
  1. Audition diikuti sebanyak 7000 orang peserta.
  2. Pihak penerbit menghabiskan belanja sebanyak 4 milyar (mata wang) bagi kos audition sahaja.
  3. Audition dijalankan sebanyak 9 tempat di Indonesia dan 1 di cairo.

Sasaran penonton bagi KCB adalah sebanyak 5 juta penonton :
  1. Bagi mencapai target itu, semua pihak perlu memenuhi 3 perkara.
  2. Pertama, lokasi pengambaran harus betul-betul di Mesir
  3. Kedua, filek KCB perlu dibuat mirip novelnya.
  4. Ketiga, disebabkan novel KCB ada dua. Maka filem itu juga perlu dibuat sebanyak 2 buah.
  5. Hasilnya, penonton bagi KCB 1 = 3.2 juta penonton (ada iklan dan promosi yang banyak)
  6. Penonton bagi KCB 2 = 2 juta penonton (tanpa iklan dan promosi yang besar)
  7. Rating bagi sinetron KCB sepanjang ramadan pula sebanyak 18 juta penonton (Jumlah rakyat Malaysia pada tahun 2011 seramai 27juta++ orang)
  8. Bagi menyampaikan ilmu dan syariat Islam kepada 18 juta orang memerlukan berapa buah masjid?!

Tips Menulis daripada Habiburrahman El Shirazy :
"Ada tiga tips menulis yang saya amalkan. Yang pertama, menulis. Keduanya, menulis juga. Dan yang ketiga menulis dan terus menulis. Sekiranya kita belajar dengan beratus orang profesor dan mengikuti 1000 kursus penulisan. Namun tetap tidak lagi mula menulis, kita tidak akan jadi penulis."

Tips mendapatkan idea daripada Habiburrahman El Shirazy:

"Idea seperti ikan di lautan dan penulis pula merupakan nelayan. Nelayan yang malas, duduk di tepi pantai dan menuggu ikan datang ke pantai. Nelayan yang kreatif, keluar ke laut dan meggunakan pukat serta menggunakan segala kaedah bagi mendapatkan ikan."

Sekian, terima kasih kerana membaca nota yang panjang lebar ini. Terima kasih tuan, puan dan bakal-bakal jurutera, doktor, penulis hebat, serta calon ahli syurga.

Selamat berkarya.(^__^)

Gambar-gambar boleh dilihat di sini dan sini

Saturday, October 8, 2011

PTPTN - Tips Membayar PTPTN Dapat Rumah

Dalam sebuah buku Robert T Kiyosaki jika tidak silap saya ada menceritakan mengenai isterinya yang berminat untuk membeli sebuah ferrari. Namun beliau tida mengumpul wang dengan banyak bagi membeli ferrari itu.

Kaedah yang digunakan oleh beliau ialah membeli sebuah hartanah bernilai tinggi. Lalu hartanah itu disewakan dan wang lebihan bulanan itu digunakan untuk membayar hutang ferrari itu kepada bank.

Kita juga boleh aplikasikan kaedah itu apabila kita mahu membeli sebuah kereta, rumah, motosikal dan juga membayar hutang. Mungkin ada yang bertanya, hutang apa waktu muda-muda begini? Jawab saya, hutang PTPTN (bagi yang telah berjanji setia membayar wang pinjaman PTPTN macam saya, huh!)

Kaedahnya sama, cuma kita perlu cipta satu mesin buat wang. Kaedahnya ialah dengan membeli sebuah rumah. Kemudian, rumah itu disewakan kepada penyewa dengan harga yang lebih tinggi daripada harga yang perlu dibayar kepada bank.

Namun kita juga boleh menggunakan pelbagai kaedah yang lain selain daripada membeli rumah sebagai mesin membuat duit. Misalnya kita boleh menulis buku dan apa sahaja yang boleh menjadi pendapatan yang berulang walaupun kita hanya membuat sekali sahaja pekerjaan tersebut.

Selepas itu, setiap bulan selepas ditolak jumlah yang perlu dibayar kepada bank, wang lebihan itu disimpankan sebahagiannya dan sebahagian lagi dibayar kepada PTPTN. Cara ini, jika diamalkan, beberapa tahun selepas itu, kita akan memperolehi sebuah rumah dan hutang dengan PTPTN semakin berkurang. Insyallah.


(^____^)b


*ini adalah sekadar cadangan dan masih boleh dipertikaikan lagi cadangan ini. Cadangan ini juga hanyalah sekadar cadangan. Tuan puan juga berhak untuk tidak mengikut saranan ini. :)

Friday, September 30, 2011

PTPTN - Tips Menabung

Baru-baru ini PTPTN sudah mula mengeluarkan ilkan menabung dengan membuka akaun SSPN bagi menyimpan wang untuk tujuan pendidikan pada masa akan datang.

Setelah berfikir berkali-kali, saya terfikirkan satu perkara. Teringat saya kepada satu cerita P. Ramlee, zaman itu nasi lemak satu bungkus dalam filem itu hanya berharga 20 sen sahaja. Kini nasi lemak biasa harganya RM1.00++. Jika di Kedah, tempat saya menetap sepanjang menuntut ilmu di Politeknik dahulu masih lagi ada dijual nasi lemak yang berharga 60 sen sebungkus.

Berdasarkan cerita P. Ramlee dan harga nasi lemak itu. Terdetik di fikiran saya, pada masa akan datang berapa puluh ribu pula harga yang perlu dibayar oleh anak-anak saya (setelah saya bernikah dan isteri saya bersalin) untuk menyambung pengajian di universiti.

Purata bagi penuntut diploma akan diberi pinjaman wang PTPTN sebanyak RM15,000.00 sepanjang tempoh belajar selama tiga tahun. Namun jumlah yang perlu dibayar pula adalah sebanyak RM15,000.00++++. Ya, sudah pasti bayaran pinjaman lebih daripada nilai pinjaman yang diberikan.

Atas sebab itu, bagi bakal-bakal doktor, peguam, artikek, ulama dan juga bakal-bakal jurutera serta karyawan yang masih lagi bersekolah. Saya ada satu cadangan jika mahu menyimpan wang bagi simpanan masa depan. Pada masa yang sama, kita boleh mengelakkan diri daripada meminjam wang dengan PTPTN.

Buat ibu bapa, saya cadangkan agar simpanan dibuat semenjak tahun pertama anak tuan, puan dilahirkan. Cadangan saya ialah simpanan dalam bentuk pelaburan, misalnya emas. Seandainya setiap tahun tuan, puan membeli satu dinar emas.

Pada tahun ke 18 tuan, puan itu sudah pun berjaya memiliki sebanyak 18 dinar emas. Pada waktu itu, dengan izin Allah, tuan, puan tidak perlu lagi membuat pinjaman PTPTN kerana nilai emas pada waktu dijangkakan meningkat berbanding nilai sekarang.

Sekiranya dalam masa setahun, tuan puan membeli sebanyak 1 dinar emas pada setiap 2 bulan. Pada penghujung tahun, tuan, puan sudah pun memiliki sebanyak 6 keping dinar emas.

Sekian, cadangan dan pendapat 2 sen daripada saya. Selamat menabung, melabur dan leburkan hasilnya menjadi ilmu yang bermanfaat untuk diri, keluarga dan agama.

(^____^)b


*Ini adalah sekadar cadangan dan masih boleh dipertikaikan lagi cadangan ini. Cadangan ini juga hanyalah sekadar cadangan. Tuan puan juga berhak untuk tidak mengikut saranan ini. :)

Saturday, September 24, 2011

37 Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum! :D

Alhamdulillah, hari ini berpeluang menulis beberapa baris perkataan di dalam blogmatdin ini. Sebenarnya saya terfikir juga, waktu saya di sekolah dahulu pada musim cuti sekolah. Jika ada rezeki saya dan rakan-rakan akan membuat kerja-kerja mengemas dan 'menaik taraf' bilik kelas kami. Menariknya kerja-kerja itu mendatangkan wang $__$v.

Namun, sekiranya tidak. Kami akan pergi bermain badminton hingga matahari tegah berdiri di atas kepala. Waktu itu facebook masih lagi tiada dan internet juga masih belum popular seperti sekarang ini.

Namun, disebabkan sekarang ini orang muda semuanya sudah tahu menggunakan internet dan boleh dikatakan, seluruh pelusuk bumi yang mempunyai capaian internet pasti ada pemilik-pemilik akaun facebook.

Disebabkan itu, aktiviti musim cuti sekolah pergerakan semakin lama semakin sedikit. Jika dibiarkan, ia boleh membuatkan kita semakin malas bergerak dan lama kelamaan ia boleh mendatangkan mudarat.

Atas dasar itu, saya cuba menyenaraikan sebanyak 37 aktiviti yang boleh dilakukan pada musim cuti sekolah yang akan datang. (@____@)v
  1. Berkebun
  2. Belajar memasak resepi baru
  3. Mengulang kaji pelajaran tahun depan
  4. Mengemas bilik
  5. Buat dekorasi
  6. Ubah suai kedudukan perabot alam bilik
  7. Mencari idea dan hobi baru
  8. Mengenal pasti bakat kita
  9. Bersiar-siar mencari pengalaman
  10. Mengambil gambar
  11. Membuat perancangan masa depan
  12. Bersenam sehingga keluar peluh
  13. Menulis impian dan cita-cita
  14. Bekerja separuh masa mencari wang
  15. Membaca buku tentang masa depan
  16. Mencari pengalaman berniaga
  17. Membeli belah buku dengan diskaun
  18. Belajar menulis buku
  19. Menulis buku dan menerbitkan buku
  20. Mengikuti kursus menulis
  21. Mengikuti kelas tambahan
  22. Beriadah di sungai dan pantai
  23. Melawat muzium
  24. Mengambil lesen kenderaan
  25. Mempelajari seni mempertahankan diri
  26. Membantu ibu dan ayah
  27. Pulang ke kampung
  28. Berangan-angan
  29. Menghadiri festival buku kanak-kanak
  30. Menghadiri jualan buku murah dengan potongan harga sehingga 95%!
  31. Memperbaiki bacaan al Fatihah dan semua bacaan dalam solat
  32. Khatam quran
  33. Berbasikal
  34. Bersenam di taman permainan
  35. Mengikut tai chi
  36. Pelajari cara membuat kuih
  37. Membaca buku-buku Usahawan Cilik. :D

Selamat bercuti dan pastikan cuti kita digunakan sepenuhnya dengan membuat aktiviti yang mendatangkan pulangan kepada kita kembali. Sama ada wang, pahala, ilmu dan pengalaman yang baru. (^__^)b

Tuesday, April 26, 2011

Nasi Lemak vs Obesiti


Beberapa hari ini media kecoh mempromosikan mengenai nasi lemak yang dikatakan sebagai punca obesiti. Hairan bin ajaib kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang menteri. Baiklah saya tidak mahu mengulas kenyataan menteri yang bijaksana itu.

Pandangan saya bukanlah makanan itu yang perlu disalahkan sepenuhnya. Ia umpama menjatuhkan hukuman gantung mandatori kepada Nasi Lemak. Jujurnya saya amat tidak bersetuju dan tidak menyokong.

Sebenarnya, bukanlah menjadi kesalahan jika kita hendak makan nasi lemak. Persoalan sebenarnya ialah gaya hidup kita, adakah kita bersenam setiap hari sama seperti kita makan nasi lemak pada setiap hari?

Saya mengambil contoh diri saya sendiri, sewaktu zaman saya bersekolah dahulu. Saya secara aktif pada setiap petang akan menjalani latihan hoki di sekolah. Disebabkan itu, secara tidak sengaja juga pada setiap petang saya akan bersukan dan mengeluarkan peluh tanpa disedari.

Pada masa itu juga hampir setiap hari sarapan saya nasi lemak dan kuantiti makanan yang diambil pada setiap hari agak besar. Itu adalah zaman kesihatan saya di tahap yang terbaik dan tidak pernah langsung pergi berjumpa dengan doktor.

Bagaimanapun, pada masa ini (iaitu selepas tamat sekolah) kehidupan saya sudah mula berubaha 360 darjah. Waktu senaman yang mana dahulunya 7 hari seminggu sudah berubah menjadi empat kali sebulan. Akibatnya, perut mula bertambah 'sihat'. (^_^)

Oleh itu, saya amat tidak bersetuju andainya sepuluh jari menunding kepada nasi lemak dan berterusan menyalahkan nasi lemak sebagai punca utama obesiti. Apa salahnya nasi lemak yang sudah berpuluh tahun menjadi pilihan hati rakyat Malaysia.

Seharusnya kita perlu merancang dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Misalnya pilihlah untuk menggunakan tangga berbanding 'lift', tetapkan masa untuk bersukan dan sentiasa aktifkan diri. Islam juga mahukan umatnya menjadi orang yang sihat.

Malah remaja yang aktif dan sihat juga apa diperlukan oleh negara pada masa hadapan untuk menjadi pemimpin yang bakal meneraju Malaysia. Ayuh kita amalkan gaya hidup sihat.

Membaca menyihatkan minda, bersukan menyihatkan badan. Seimbangkan kedua-duanya supaya hidup kita terus mendapat kesihatan yang terbaik.

Sumber piramid makanan di sini



Sunday, March 13, 2011

Impian, Cita-cita, dan Sukses.

Sebentar tadi saya berkesempatan untuk menonton satu rancangan yang dikendalikan oleh Prof. Dr Muhaya, 'Dari mata ke hati'. Topiknya berkaitan dengan budaya dan sikap suka memberikan alasan sebelum mencuba.

Memberikan alasan adalah umpama membuka pintu kegagalan dan menutup gerbang kejayaan. Daripada rancangan itu sempat saya kutip beberapa tips penting yang disampaikan oleh orang yang hebat sepanjang rancangan itu.

• Katakan perkara yang positif pada setiap masa (bersangka baik). Kata-kata itu adalah doa. Semakin kerap kita mengulang kata-kata yang positif. Perkataan-perkataan itu akan membentuk kita menjadi orang yang positif. Iaitu salah satu daripada perkara penting yang perlu ada pada orang yang mahu berjaya

• Tanamkan cita-cita yang cukup tinggi. Insyallah sebahagian daripada cita-cita itu dapat dicapai.

• Dedahkan diri dengan pembacaan yang dapat meningkatkan ilmu dan menjadi orang yang berjiwa besar.

• Elakkan daripada memberi alasan jika kita mahu menjadi orang yang berjaya. Seperti kata pepatah orang malas mencari alasan, manakala orang yang berjaya mencari jalan penyelesaian.

• Kita perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal, mental, dan juga rohani.

• Yakin dan pasti apa yang kita mahukan.

• Hormat dan dapat restu dari ibu bapa

• Pilihan untuk Berjaya atau gagal ada pada tangan kita.

• Tetapkan matlamat seawal usia muda.

• Tulis dan catat matlamat yang kita mahukan. Baca dan ulang pada setiap hari.

Semoga kita mencapai semua impian dan cita-cita yang dicatatkan.


*Takziah kepada ujian yang melanda negara Jepun. Menurut Perdana Menteri Jepun, ujian ini adalah yang terburuk sejak dari perang dunia kedua.

Thursday, February 24, 2011

Tips Simpan Fail


Umum mengetahui semenjak penciptaan komputer, disket, CD, emel, thumb drive, dan hard disc digunakan sebagai storan yang menyimpan maklumat.

Bagaimanapun apabila datangnya virus yang sememangnya kejam dan tidak ada belas kasihan. Semua maklumat yang disimpan ini akan musnah tanpa belas kasihan dan simpati daripada virus.

Atas sebab itu, dropbox mungkin dapat membantu pengguna yang mahu menyimpan maklumat, data, fail dan sebagainya secara online dan percuma.

Bagi bakal-bakal penulis, bakal doktor, jurutera, dan peguam yang sedang membuat laporan atau tugasan mungkin boleh menggunakan dropbox ini sebagai fail "back up".



Sunday, February 20, 2011

Tips Menulis

Semalam bertempat di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya saya bersama dengan 150 yang lain telah menyertai Seminar Jana Wang Dengan Menulis yang disampaikan oleh Novelis Puan Ain Maisarah, Tuan Zamri Mohamad, dan juga Tuan Fauzul Na'im.

Sepanjang seminar itu berjalan, banyak ilmu menulis yang tidak terdapat di dalam buku di sampaikan oleh semua panel. Bagaimanapun saya mahu berkongsikan beberapa tips yang perlu dilakukan sebelum kita mula menulis.

Tips ini wajar digunakan jika kita mahu menjadi hebat seperti penulis-penulis yang mempunyai karya yang memandaikan pembaca.
  1. Pilih penulis idola : dalam hal ini kita perlu mengkaji dan memahami bagaimana cara kerja yang digunakan oleh penulis ini.
  2. Kajian mendalam : seterusnya kita perlu memastikan bahawa kita tahu apakah teknik dan kaedah yang digunakan oleh penulis ini sehingga membuatkan penulis ini dapat menghasilkan.
  3. Tiru : Terakhir sekali apa yang perlu dilakukan ialah meniru apa yang telah dilakukan oleh penulis yang telah kita kaji cara bekerjanya.
Kaedah ini mungkin boleh digunakan bagi semua bakal-bakal penulis yang tidak ada pengalaman menulis langsung. Dengan kaedah ini masa belajar kaedah dan skil menulis mungkin dapat disingkatkan.

Bagaimanapun pada masa yang sama kita perlu banyak membaca buku-buku yang terbaik. Seperti kata pepatah apa yang ditanam, itulah yang dipetik. Dalam hal menulis apa yang kita baca, itulah yang akan tertulis.

Moga-moga ia dapat membantu kita mula menulis karya yang pertama, kedua dan yang seterusnya.

Thursday, October 21, 2010

Jutawan Muda


Jika mereka mampu melakukan kita juga pasti boleh kerana yang membezakan diantara orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya ialah usaha dan perancangan berserta doa restu dari semua insan.

zuckerberg200.jpg
Mark Zuckerberg
Beliau telah mencapai sejuta pertama beliau pada umur di bawah 25 tahun menggunakan Facebook sebagai mesin pencetak wangnya. Beliau juga didapati menyumbang 100juta US dollar kepada sebuah sekolah.


kip2.jpg
Michael Dell
Mesin mencetak wangnya mula beroperasi pada saat beliau berumur 19 tahun dan pada masa itu juga beliau telah memperolehi sejuta beliau yang pertama melalui Dell.

Beliau berkata, "I think people that look for great ideas to make money aren't nearly as successful as those who say, 'Okay, what do I really love to do? What am I excited about?' "


kip4.jpg
Sean Belnick
Satu juta beliau yang pertama di capai pada usia 16 tahun melalui bisnes menjual perabot melalui internet.

Petikan kata-kata dari beliau, "It is never too early to start. I started when I was 14.There was a lot of great information on the Internet. Just do the research and find a way to do what you want to do."


kip3.jpg
Catherine Cook
Pada usia beliau 18 tahun beliau sudahpun memperoleh pendapatan berangka jutanya yang pertama melalui laman web mirip facebook dan didapati laman itu mendapat perhatian yang tinggi dari US.
Antara petikan ayat dari beliau, "Stop just thinking about it, and make it happen. When you're young is the best time to start your own business, as you do not have the responsibilities you will have when you're older. The worst that can happen if you fail now is that you have firsthand experience to make your next venture a success."


Sumber rujukan adalah dari sini.

Saturday, October 9, 2010

Tips Merealitikan Impian dan Cita-cita

Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal Tan Sri, Datuk-datuk, para engineer, doktor, wakil-wakil rakyat, peguam, bakal juruterbang, para usahawan dan juga kepada semua bakal jutawan. Semoga saudara-saudari semuanya dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini.


Setiap daripada kita pasti mempunyai satu impian ataupun sesuatu yang dicita-citakan semenjak kita kecil. Barangkali impian kita itu terbit setelah kita melihat kejayaan orang di sekeliling kita, melalui pembacaan di akhbar, buku-buku dan juga majalah.


Namun, sedarkah kita bahawa setiap impian itu kita pasti boleh menzahirkannya selagi mana kita sentiasa berusaha dan juga terus berdoa supaya ia menjadi realiti. Apabila kita melihat kepada sejarah yang lalu, setiap kali seorang nabi menimpa sesuatu ujian dan dugaan. Mereka akan menadah tangan dan memohon doa dan meminta apa sahaja dari Allah.

Begitu juga sama halnya dengan kita, sekiranya kita menginginkan sesuatu. Kita harus sentiasa meminta dari Allah dan dalam masa yang sama usaha yang berlipat ganda juga haru kita susuli. Doa yang diiringi dengan usaha yang berganda-ganda akan memungkinkan kita untuk memperolehi apa yang amat kita hajati itu.

Oleh itu mulai saat ini kita harus mengambil kertas-kertas dan juga pen bagi mencatatkan apa impian dan perancangan kita pada masa hadapan. Kita harus menguasai perjalanan hidup kita mulai dari sekarang. Jika tidak kita akan menyamai dengan ayat yang sudah biasa kita dengar iaitu,

"Sekiranya kita tidak merancang untuk berjaya, maka kita sedang merancang untuk gagal."

Langkah-langkah yang harus kita buat ialah :
1. Kenalpasti terlebih dahulu apa bakat dan kebolehan yang kita miliki.
2. Kita dalami ilmu seluas yang mungkin, kerana hidup tanpa ilmu seumpama kenderaan yang tidak mempunyai jurupandu.
3. Catatkan segala kemahuan yang kita hajatkan dan tampal di tempat-tempat yang mudah untuk di lihat agar ia dapat meningkatkan semangat kita bagi mencapai cita-cita tersebut.
4. Pastikan setiap hari kita membaca impian dan cita-cita yang telah kita catatkan itu.
5. Berusaha dengan sesungguhnya bagi mencapai impian kita.
6. Berdoa dan meminta restu daripada ayah dan ibu serta seluruh keluarga supaya mereka juga akan sentiasa mendoakan kita.
7. Bertawakkal kepada Allah, sekiranya kita masih belum lagi mendapat apa yang kita mahukan, kita harus menyemak kembali adakah kita sudah meninggalkan sesuatu yang amat penting dalam hidup kita.

Sekian, semoga Allah membantu kita bagi mencapai segala hajat dan impian yang telah kita catatkan.



Thursday, September 23, 2010

UPSR 2010 sudah tamat.

Alhamdulillah, pada masa dan ketika ini ramai adik-adik yang mengambil UPSR 2010 dapat menarik nafas lega. Semoga selepas peperiksaan ini tamat, adik-adik semua dapat meluangkan masa dengan perkara yang bermanfaat dan sihat.

Selepas tamat mengharungi alam persekolahan selama enam tahun, perkara yang perlu dilakukan ialah mengucapkan terima kasih kepada semua guru. Mereka para guru telah banyak mengajar, mendidik dan juga memberikan ilmu supaya kita menjadi insan yang terbaik.

Oleh yang demikian, jasa dan pengorbanan guru ini harus kita kenang dalam setiap kali kita berdoa. Doakan kesejahteraan dan kesihatan mereka setiap kali selepas selesai kita bersolat.

Seterusnya, bagi adik-adik yang berhasrat untuk menjalani alam sekolah menengah. Sekarang adalah masa yang terbaik untuk adik-adik menjalani latihan praktikal di rumah. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah membasuh pakaian, menjemur, dan melipat pakaian.

Selanjutnya gunakan masa selepas ini dengan aktiviti yang dapat memberikan kita ilmu dan pengalaman yang berharga.

Oh ya, tidak lama lagi saya akan sebarkan satu aktiviti yang dapat mengisi masa lapang selepas tamat UPSR ini. Tunggu.... :)



Monday, September 20, 2010

Apa bakat yang saya ada?

Alhamdulillah, semalam pada tanggal 19 september 2010 bersamaan dengan 10 Syawal 1431 hijrah saya dan rakan penulis yang lain telah menghadiri satu kursus yang disampaikan oleh Puan Ainon.
Salah satu ilmu yang saya dapat pada kursus semalam ialah. Sebelum membuat satu keputusan yang berkaitan dengan bakat dan minat. Kita sebenarnya harus mengambil kira apa bakat yang kita miliki sebenarnya. Kerana, minat untuk melakukan sesuatu itu boleh datang pada bila-bila masa dan mungkin akan pergi juga pada masa yang tidak kita ketahui.

Tetapi sebaliknya pula dengan bakat. Setiap orang memiliki minimum tiga bakat. Seperti menyanyi, bermain golf, dan juga menulis.

Namun demikian, bakat yang ada pasti tiada gunanya jika hanya disimpan dan tidak diasah sehingga tajam. Irfan Khairi pernah menaip di dalam blognya bahawa. Setiap bakat yang kita miliki itu haruslah sentiasa dikilatkan.

Sebagai contoh, Tiger Woods menjadi Pemain Golf Profesional setelah beliau berusaha dan terus berlatih pada setiap hari.

Akhirnya saya ingin memetik kata Puan Ainon dari blognya, pilihlah bidang yang kita memiliki bakatnya walaupun kita tidak meminatinya.

Jadi apa bakat kita?

Monday, September 6, 2010

Tips Kewangan Dari Jutawan!

Beberapa tips jika mahu terus kekal mempunyai simpanan yang tinggi :

1. Tinggal di rumah biasa,
  • Tidak perlu berpindah rumah jika rumah yang sedang kita diduduki sekarang ini masih lagi selesa dan selamat untuk didiami. Sekiranya perlu, gunakan lebihan wang yang ada untuk membeli rumah tambahan yang boleh disewakan.
2. Gunakan pengangkutan awam,
  • Dengan menggunakan penggangkutan awam seperti LRT dan komuter, kita dapat menghindari kesesakan jalanraya yang sering menghantui warga bandar. Dalam masa yang sama kadar pencemaran udara juga dapat diturunkan dan kita sekaligus dapat menjimatkan duit minyak dan juga menjaga alam sekitar.
3. Membeli pakaian yang tidak berjenama,
  • Kebanyakan pakaian yang ada di gedung membeli belah kualitinya tidaklah seperti yang kita harap-harapkan. Tanpa disedari sesetengah pakaian yang kita bayar itu bukan disebabkan kerana kualitinya yang terbaik. Tetapi nilai yang dibayar itu adalah harga jenama pakaian tersebut dan bukan harga kualitinya.
4. Menggunting rambut sendiri di rumah,
  • Sekiranya kita sudah berkahwin adalah lebih afdal jika kita meminta pertolongan daripada isteri kita untuk mengguntingkan rambut kita di rumah. Bantuan daripada isteri tersayang akan menjimatkan duit keluarga tanpa perlu membayar duit minyak untuk ke kedai menggunting rambut dan turut membayar upah menggunting rambut. Bagaimanapun, jika masih lagi belum mempunyai suri di rumah (seperti saya) bolehlah meminta bantuan daripada kawan ataupun adik untuk mengguntingkan rambut anda.
5. Memandu kenderaan biasa,
  • Berbalik kepada bahagian kenderaan, suka saya nyatakan di sini bahawa kita harus ukur saiz tangki minyak di poket sendiri. Sekiranya kita sangat memerlukan penggunaan kenderaan yang sangat maksimum maka bolehlah kita memiliki kenderaan yang tahan lasak. Sebaliknya jika kenderaan hanya digunakan untuk penggunaan yang minimum dan tidak kerap penggunaannya, cukuplah sekadar dengan memiliki kenderaan yang menjimatkan seperti Kancil ataupun Viva.

6. Meniggalkan barangan mewah,
  • Memiliki barangan mewah bukanlah penentu kepada kekayaan seseorang. terdapat golongan yang hidupnya bergelumang dengan barangan mewah. Contohnya seperti memiliki jet persendirian, memiliki rumah yang besar, memiliki isteri yang besar, dan kesemuanya besar-besar belaka dan juga mewah. Tetapi kemewahan yang dimiliki itu semua mempunyai nilai susut semenjak kita mula membelinya lagi. Oleh itu sekiranya hendak memiliki barangan mewah, saya amat mencadangkan supaya kita mengumpul emas contohnya dinar emas ataupun barangan kemas.

Kesimpulannya kita memiliki banyak cara untuk menjimatkan wang dan kita juga memiliki banyak langkah untuk kita menghabiskan wang. Sekian, selamat berpuasa dan menguruskan wang anda.
Sumber dari sini.

Saturday, August 28, 2010

Peringatan Ramadan


Alhamdulillah hari ini kita sudahpun berada di pertengahan bulan Ramadan.

Beberapa hari yang lalu saya ada berterawih di sebuah masjid. Masjid yang cantik lagi indah hasil dari rekaaan arkitek yang dikurniakan ilmu dari Allah itu adalah antara masjid yang aktif dan juga kerap mengadakan majlis ilmu di dalamnya.

Boleh dikatakan hampir setiap hari masjid akan diadakan kuliah yang akan membicarakan mengenai agama, akhlak, tauhid dan banyak ilmu-ilmu yang lainnya.

Tetapi pada suatu hari, sebelum memulakan solat tarawih seorang jawatan kuasa masjid terlebih dahulu mengambil mikrofon dan memberikan sedikit peringatan dan juga ucapan.

Dalam ucapannya beliau telah menegaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan masjid.

  1. Peringatan yang pertama ialah supaya ibu bapa mengawasi anak-anak mereka dan pastikan mereka tidak bermain mercun.
  2. Keduanya ialah kepada semua jemaah diingatkan supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
  3. Seterusnya ialah supaya semua kariah turut diminta menjelaskan zakat fitrah dengan segera dan tidak menanti sehingga hari-hari terakhir dikhuatiri akan terlupa.
  4. Peringatan yang paling besar ialah supaya kita jadikan ramadan tahun ini berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Peringatan-peringatan di atas ini telah disampaikan dengan jelas dan nyata. Oleh itu sebagai seorang muslim kita harus mengambil dan melaksanakan peringatan-peringatan ini.

Cuma, apabila tiba pada ingatan supaya tidak membuang sampah merata-rata. Peringatan itu telah memperlihatkan bahawa kuliah dan penyampaian ilmu yang diajarkan oleh para ustaz masih lagi belum tersemat dan tertanam di dalam hati kita.

Firman Allah di dalam surah al Baqarah ayat 222 berbunyi begini : "Sesungguhnya allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri".

Sekian dahulu daripada saya. Semoga Allah memberikan kesihatan dan keteguhan iman kepada kita bagi menjalani kehidupan di dalam dan selepas ramadan ini, Insyallah.



Wednesday, August 25, 2010

Hala Tuju Lepasan Diploma

Setelah Abu menamatkan pengajian diplomanya. Beliau kini mula berfikir apakah yang perlu beliau lakukan selepas ini. Barangkali perkara ini turut terjadi kepada tuan, dan cik puan yang sedang membaca blog ini. Sekarnag mari kita kupas persoalan ini, kemana hala tuju lulusan diploma.
Secara asasnya dan telah menjadi kebiasaan, selepas sahaja tamat diploma. Seseorang pelajar itu akan terus menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah. Tetapi kisah yang menggembirakan ini hanya akan berlaku kepada graduan yang cemerlang dan juga terpilih dikalangan yang terbaik keputusannya.
Bagi yang mendapat CGPA 3.5 ke atas adalah lebih cerah peluangnya untuk masuk ke IPTA menurut data yang dikeluarkan oleh National Higher Education Research Institute.
Sebaliknya bagaimana pula dengan graduan yang tidak mendapat tempat di IPTA untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan seterusnya. Sebenarnya peluang masih lagi belum tertutup.
Para graduan masih boleh cuba membuat rayuan semua sekiranya masih lagi berhajat untuk masuk belajar di IPTA. Selain itu, para graduan turut boleh mengambil kursus jangka pendek yang dikelolakan oleh setiap negeri contohnya seperti INSTEP.
Dalam pada itu, graduan juga boleh menyambung pengajian di IPTS, yang banyak terdapat di Malaysia pada ketika ini. Sehingga tahun 2007 jumlah IPTS yang terdapat di Malaysia ialah sebanyak 525 buah IPTS.
Pilihan seterusnya ialah, graduan boleh juga masuk ke alam pekerjaan. Pada masa ini graduan harus menggunakan sebaik-baiknya waktu bekerja bagi memungut semua pengalaman bekerja yang sememangnya sangat penting pada masa ini.
Cadangan saya yang seterusnya ialah, graduan juga boleh mencuba untuk menjadi usahawan. Usahawan yang saya maksudkan ialah usahawan yang fokus dan juga mempunyai perancangan yang benar-benar ingin berjaya.
Akhirnya dipersilakan untuk memilih yang mana satukah pilihan hati. Selamat memilih jalan hidup anda.


ahmad din