IKLAN

Orang hebat!

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum kepada semua bakal jutawan, usahawan, doktor, jurutera dan bakal-bakal pemimpin kesemuanya.

Selamat tahun baru Hijrah. Sudahkah kita bersedia untuk berhijrah? Apa hijrah kita pada kali ini?

Apa juga persoalan yang ditanya dan apa juga yang hijrah yang kita rancang pastikan ia membawa keuntungan (kebaikan) kepada diri kita.

Daripada kurang baik kepada lebih baik. Daripada baik kepada yang terbaik. Hijrah asalnya bukan setahun sekali. Seorang sahabat saya berkata, "Kita perlu berhijrah pada setiap hari."

Dalam masa yang sama kita juga harus menetapkan matlamat yang hendak dicapai dalam masa setahun, dua tahun malahan dalam masa lima tahun akan datang.

Menurut Irfan Khairi (salah seorang jutawan internet di Malaysia) di dalam facebooknya "Tulis matlamat anda. Matlamat yang tidak ditulis, hanyalah angan-angan kosong. Matlamat yang bertulis, menjadi sesuatu yang nyata dan boleh dipegang. Lebih mudah untuk mencapai matlamat yang nyata daripada angan-angan sahaja."

Sekian, saya memetik kata-kata Anatole France (Pemenang Hadiah Noble (Kesusasteraan) 1921). Untuk melaksanakan sesuatu yang besar, kita bukan sahaja mesti bertindak, tetapi mesti juga bermimpi, bukan sahaja merancang, tetapi meyakininya.

(Doakan agar kita semua dikurniakan kekuatan untuk berhijrah dan mencapai cita-cita yang sudah kita catatkan!)

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha.


Selamat menunaikan ibadah korban, semoga segala pengorbanan yang kita lakukan mendapat keredhaan dari Allah.

Saturday, September 18, 2010

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat hari raya yang ke sembilan (maafkan saya kerana lewat kemaskini blog ini). Semoga kita dapat bertemu lagi dengan ramadan yang akan datang.

Selamat hari raya, mohon maaf segala salah dan silap. Semoga Allah mengurniakan rahmat kepada seluruh pembaca blog ini.


Thursday, September 2, 2010

Malam Lailatul Qadar


Alhamdulillah hari ini kita dipanjangkan umur sekali lagi untuk menghirup udara di bumi ini.

Sekarang ini kita sudahpun berada di penghujung ramadan. Kebiasaannya apabila berada di hujung ramadan ini jalanraya dan kedai-kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman pasti penuh dengan orang ramai.

Mereka dan kita juga berpusu-pusu hendak membeli pakaian baru untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Tetapi adakah kita juga turut meraikan penghujung ramadan ini dengan mencari lailatul qadar?

Saya turut mengutarakan persoalan ini kepada diri saya juga. Kesibukan membuat kuih raya, membeli pakaian raya dan diperhebatkan lagi dengan dendangan lagu raya boleh membuatkan kita lalai dan leka untuk memburu malam seribu bulan itu.

Kekhilafan ini boleh menyebabkan kita kerugian kerana kita akan ketinggalan untuk mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Allah mengenai keistimewaan ramadan.

Konklusi, mari kita bangun dan berusaha agar kita boleh mencari dan menemuinya di dalam ramadan kali ini kerana kita masih belum pasti mungkinkah kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan ramadan pada tahun hadapan.

ahmad din