Takziah kepada mangsa yang terlibat dengan Tsunami seperti yang dilaporkan oleh akhbar dan semua media. Semoga kita semua selamat dan dilindungi dari segala bala bencana. Bencana ini adalah ujian yang amat kecil.
Ujian ini datang sekadar untuk mengingatkan kita bahawa bumi ini sudah tua dan semakin uzur. Disebabkan itu, kita harus menggunakan masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya dan digunakan dengan tujuan yang bermanfaat sebagai bekalan hari perhitungan.
Masa ini amat sesuai untuk memulihkan kembali ingatan kita. Apa tujuan sebenar kita hidup? Apa perjuangan yang kita mahu dalam hidup ini? Apa pencapaian yang kita mahukan? Apa kelulusan yang kita mahukan?
Akhir-akhir ini terlalu banyak cakap-cakap yang melabelkan golongan, kaum, fahaman dan juga keturunan seseorang. Sedangkan di sewaktu kita di soal siasat di mahkamah Mahsyar akan datang. Kita tidak akan dikelas atau diasingkan mengikut keturunan atau latar belakang pendidikan kita.
Kita hanya akan dikategorikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah untuk yang bertakwa dan bahagian yang kedua adalah untuk yang tidak. Latar belakang keturunan atau warna kulit tidak akan diambil kira pada masa itu. Malah latar belakang pangkat di dalam parti politik atau persatuan apa juga langsung diabaikan dan tidak akan diendah.
Ada dikalangan kita hari ini adalah bakal-bakal doktor, jurutera, peguam, ketua kampung, menteri mahupun juga perdana menteri. Andai perkara yang dinamakan sebagai takwa itu diabaikan. Semua jawatan dan pangkat kita itu hanyalah seperti menjaring angin, sia-sia.
Moga kita sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang dari pemilik bumi ini.
* Takwa : Ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan: di mukanya kelihatan sinar yang jernih dan tajam, sinar ~ iman yang biasa terbayang di muka orang zahid; 2. takut akan Allah, hidup soleh: sesungguhnya orang yang paling ~ kepada Allah ialah orang yang benar-benar taat kepada perintah Allah; bertakwa mempunyai sifat takwa; ketakwaan perihal takwa. (Sumber : Kamus Dewan Edisi Empat)
** Menjaring angin : Perbuatan yang sia-sia belaka. (Sumber : Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)
4 comments:
semoga kte semua sntiasa dlm rhmat Ilahi :)
speechless...
kite doakan yang terbaek untuk diorg..
amin...
Cik Farha | Moga-moga semuanya baik, amin. :D
fyna | Amin, semoga mereka tabah dan bertahan. :)
Post a Comment