IKLAN

Orang hebat!

Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Ratu Roti Cane vs Aisyah dan Roti Canai


Assalamualaikum. Lama sungguh tidak update blog di ini. Mujurlah blog bukan seperti tanah, jika dibiarkan lama akan tumbuh lalang. hihihi.


Baiklah, kali ini saya mahu kongsikan penemuan terbaru yang baru saja saya jumpa beberapa hari yang lalu. 

Penemuan apakah? Ya, penemuan yang saya maksudkan ialah penemuan Aisyah dan Roti Canai dalam bersi Bahasa Indonesia.

Di Malaysia, PTS Pop menerbitkan buku Aisyah dan Roti Canai, manakala di Indonesia tajuk itu ditukar menjadi Ratu Roti Cane. ^__^

Terima kasih tidak terhingga kepada para editor yang telah bertungkus lumus membantu dan mengajar saya tanpa jemu. Terima kasih editor, terima kasih PTS, terima kasih Gramedia, terima kasih kepada kawan-kawan yang membaca buku ini. 

Semoga tuhan memberikan ganjaran yang terbaik kepada tuan-tuan semua.



Sekian, dahulu daripada saya. Moga-moga selepas ini saya akan selalu update blog ini. Kalau setiap kali saya update tentang buku yang baru terbit saja pun bagus juga. hihihi. 



Ahmad Din

Sunday, April 8, 2012

Promosi : Apron Bunga-bunga, Alliyah Farha

Assalamualaikum. Blog ini semakin berhabuk. Aduh, di mana janji-janji manismu Ahmad Din untuk update blog  ini dengan rajin?!

Baiklah, seperti dalam update di facebook saya. Bulan 12/2011 dan bulan 1/2012 saya telah dihujani kerja menaip. Alhamdulillah semuanya sudah siap dan sekarang ini dalam proses menaip proposal bagi manuskrip yang akan datang.

Buat masa ini saya mahu perkenalkan buku terbaru seorang penulis bernama Alliyah Farha. Bukunya berjudul Apron Bunga-bunga.


Sekian, semoga saya semakin rajin menaip dalam blog ini. :)

Sekian, terima kasih.



p/s : Insya-Allah. Bulan ini mahu kirimkan proposal kepada Cikpuan Editor. Semoga Cikpuan Editor sentiasa sihat dan tabat menerima proposal yang bakal dihantar ini. Mohon doa rakan-rakan smeua. :)

Wednesday, January 18, 2012

Syukur, Alhamdulillah!



Assalamualaikum buat semua bakal-bakal doktor, jurutera, hafiz, guru besar dan juga bakal-bakal jutawan yang baik hati.

Alhamdulillah. Pada 11 januari 2012 saya membuka laman web Universiti Terbuka PTS milik pengerusi kumpulan PTS. Pada hari itu buku Aisyah dan Roti Canai  tersenarai sebagai buku yang terjual sebanyak 1681 buah sepanjang tahun 2011.

Buku ini sudah dicetak pada tahun 2009 sebanyak XXXX naskah. Pada tahun 2010, alhamdulillah buku ini dicetak sebanyak XXXX naskah lagi. Menjelang tahun 2011, sekali lagi Allah bagi izin agar buku ini dicetak sekali lagi sebanyak XXXX naskah.

Disebabkan itu, Ahmad Din mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua editor terutamanya Cik Shiela, Cik Nurismaliza dan juga Cik Amirah. Didoakan supaya semua editor dan pihak yang terlibat diberi ganjaran yang terbaik dan dipermudahkan semua pekerjaan.

Saya juga mahu doakan agar semua pembeli dan pembaca buku Aisyah dan Roti Canai menjadi jutawan yang baik hati dan suka bersedekah. Sekian terima kasih! 


p/s : Alhamdulillah, awal tahun ini saya sudah siapkan beberapa manuskrip untuk diterbitkan. Sekiranya Allah izinkan, bulan-bulan akan datang ada buku terbaru yang diterbitkan dan diedarkan di pasaran. Moga Allah permudahkan semuanya. Amin. (^_^)b

Monday, December 19, 2011

Merancang Pencapaian 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bakal penulis, doktor, ulama, menteri, ahli sukan dan juga bakal jutawan yang pemurah. (^_^)v

Ahmad Din berminat untuk berkongsi satu idea sebelum menjelang tahun 2012.

Sebelum itu saya mahu bertanya, adakah tuan dan cikpuan semua sudah membuat persediaan aktiviti dan pekerjaan yang hendak dibuat sepanjang tahun depan?

Sekiranya belum, saya cadangkan agar kita mulakan mencatat pekerjaan yang kita mahu laksanakan pada tahun 2012 akan datang.

Saya sudahpun membuat beberapa perancangan aktiviti menulis bagi tahun 2012. Sasaran bagi kerja menulis pada tahun 2012 adalah menulis sebanyak XX buah buku. (Amin...amin moga Allah permudahkan)

Adakah saya akan mencapai sasaran ini? Saya juga tidak tahu. Bagaimanapun, apabila kita sudah menulis dan mencatatkan apa yang hendak dilakukan. Allah akan memberikan ruang dan peluang untuk kita laksanakan perancangan itu.

Saya yakin, tuan dan cikpuan semua pernah mendengar, "Jika kita gagal merancang. Kita sebenarnya sedang merancang untuk gagal."

Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan agar kita membuat persediaan dan mula menulis. Apa yang hendak kita capai pada tahun depan dan lima tahun akan datang. :D

Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya menempuh tahun 2012!

 (^_^)b

p/s : Dengan izin tuhan yang menguniakan rezeki. Buku kedua Ahmad Din dan seterusnya dapat diterbitkan pada tahun 2012. Mohon doa daripada tuan dan cikpuan semua semoga semuanya berjalan dengan baik. Dan semoga Allah permudahkan urusan editor-editor yang telah banyak membantu.

Thursday, October 27, 2011

Festival Buku Kanak-Kanak 2011


Selamat pagi kepada semua bakal-bakal jurutera, doktor, penulis,

Bulan ini berlangsung banyak program yang berkaitan dengan buku. Jika kawan-kawan sedang mencari-cari aktiviti yang menarik. Saya cadangkan kawan-kawan hadirkan diri serta lapangkan masa ke program-program di bawah ini. (^_^)y


Tempat : Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur (sebelah Dataran Merdeka)
Tarikh : 27/10/2011 hingga 2/11/2011
Masa : 10:00 pagi hingga 6:00 petang


Tempat : Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur (sebelah Dataran Merdeka)
Tarikh : 29/10/2011
Masa : 10:00 pagi


Ekspo Buku Islam
Tempat : Tingkat 2 KL Sentral
Tarikh : 26/10/2011 hingga 1/11/2011
Masa : 9:00 pagi hingga 9:00 malam


Buku yang kita baca hari ini, akan menentukan masa depan kita. Jika mahu berjaya dan cemerlang hari esok. Baca buku yang berkualiti isinya hari ini.

Selamat berpesta buat semua pencinta buku. Terbaik! d(^___^)b


Friday, October 14, 2011

Dari Novel Ke Filem | Tips menulis daripada Habiburrahman El Shirazy



Sabtu lalu Ahmad Din hadirkan diri ke satu Bengkel penulisan di UIA Gombak anjuran SERUMPUN. Bagaimanapun, Ahmad Din hanya dapat menyertai sesi yang pertama sahaja iaitu sesi bersama Habiburrahman El Shirazy.

Petama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengangur program ini iaitu SERUMPUN.


Alhamdulillah, tidak banyak dapat sedikit yang Ahmad Din berjaya catatkan ilmu dan maklumat yang disampaikan oleh beliau. Moga bermanfaat buat kita semua. (^__^)y

  1. Novel ayat-ayat cinta (AAC) terjual sebanyak 1 juta naskah.
  2. Pada tahun 2008 AAC telah ditonton oleh seramai 3.8 juta penonton.
  3. Pada tahun 2008 sebanyak 450,000 naskah novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang telah terjual.
  4. Jumlah itu membuatkan banyak penerbit berminat untuk menerbitkan novel KCB menjadi sebuah filem islami.
  5. Pesannya, jika mahu membuat filem islami, semua pihak yang terlibat perlu faham dengan islam. Bermula daripada penulis skrip, pengarah dan juga pelakon itu sendiri mesti faham apa itu islam.
  6. Tujuan menerbitkan filem ini adalah bagi berdakwah melalui filem.
  7. Ada yang bertanya mengapa mesti berdakwah melalui filem? Jawapannya, tuntutan dakwah Islam itu harus disampaikan seluas-luasnya kepada umat manusia di seluruh bumi dengan cara yang indah.
  8. Di barat ada banyak filem-filem yang mengagungkan barat malah ada filem yang menghina islam. Oleh itu, bagi melawan agenda barat itu, kita perlu menggunakan senjata yang sama. Pedang lawannya pedang, filem lawannya juga filem, tulisan lawannya juga tulisan.
  9. Dalam islam cerita yang indah terdapat dalam Surah Yusuf.
  10. Satu jam sahaja kita menonton filem yang tidak bagus, membuatkan kita lupa terus ilmu agama yang diketahui.
  11. Kita perlu menyebarkan ilmu islam, menyebarkan rahmat kepada seluruh alam.
  12. Di setengah kawasan, remaja di kawasan itu sangat sukar dan tidak mahu membaca buku. Malah, mengajak untuk pergi ke masjid juga sukar. Namun, mengajak mereka pergi menonton wayang amat mudah.
  13. Hasilnya, kita hadirkan filem ketika cinta bertasbih bagi menarik mereka menonton filem islami.
  14. Antara syarat-syarat yang dikenakan sekiranya mahu berlakon dalam filek KCB. Pelakon-pelakon itu perlu tahu mengaji Quran. Hasilnya, ramai yang pergi ke sekolah dan bertemu dengan para ustaz mahu belajar mengaji Quran semata-mata mahu lulus audition sebagai pelakon.
  15. Pengkarya tugasnya menghantarkan karya-karya yang indah, menanam minat kepada penonton mengenai islam. Manakala tugas ustaz dan ilmuan pula mengajar mereka apa itu kehidupan cara islam.
  16. Menurut Syeikh Dr Khalid Hindawi. 1 filem islami nilainya sama dengan 1000 buku islami.
  17. Kejayaan filem KCB adalah hasil daripada penelitian AAC yang tidak berapa berjaya.
  18. Bagi menghasilak filem islami, kita perlu memilih piak yang mempunyai kredibiliti.
  19. Kebanyakan filem-filem sebelum ini banyak memilih lokasi di barat. Namun KCB mahu perkenalkan budaya Timur Tengah.
  20. Antara syarat-syarat lain bagi menjadi pelakon dalamfilem KCB, bintang-bintang itu perlu faham dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.
  21. Penulis skrip jug aperlu faham dan mengamalkan Islam.
  22. Penonton akan protes sekiranya pelakon tidak membawa watak Islam di luar lokasi pengambaran (kehidupan seharian).

Sesi audition KCB :
  1. Audition diikuti sebanyak 7000 orang peserta.
  2. Pihak penerbit menghabiskan belanja sebanyak 4 milyar (mata wang) bagi kos audition sahaja.
  3. Audition dijalankan sebanyak 9 tempat di Indonesia dan 1 di cairo.

Sasaran penonton bagi KCB adalah sebanyak 5 juta penonton :
  1. Bagi mencapai target itu, semua pihak perlu memenuhi 3 perkara.
  2. Pertama, lokasi pengambaran harus betul-betul di Mesir
  3. Kedua, filek KCB perlu dibuat mirip novelnya.
  4. Ketiga, disebabkan novel KCB ada dua. Maka filem itu juga perlu dibuat sebanyak 2 buah.
  5. Hasilnya, penonton bagi KCB 1 = 3.2 juta penonton (ada iklan dan promosi yang banyak)
  6. Penonton bagi KCB 2 = 2 juta penonton (tanpa iklan dan promosi yang besar)
  7. Rating bagi sinetron KCB sepanjang ramadan pula sebanyak 18 juta penonton (Jumlah rakyat Malaysia pada tahun 2011 seramai 27juta++ orang)
  8. Bagi menyampaikan ilmu dan syariat Islam kepada 18 juta orang memerlukan berapa buah masjid?!

Tips Menulis daripada Habiburrahman El Shirazy :
"Ada tiga tips menulis yang saya amalkan. Yang pertama, menulis. Keduanya, menulis juga. Dan yang ketiga menulis dan terus menulis. Sekiranya kita belajar dengan beratus orang profesor dan mengikuti 1000 kursus penulisan. Namun tetap tidak lagi mula menulis, kita tidak akan jadi penulis."

Tips mendapatkan idea daripada Habiburrahman El Shirazy:

"Idea seperti ikan di lautan dan penulis pula merupakan nelayan. Nelayan yang malas, duduk di tepi pantai dan menuggu ikan datang ke pantai. Nelayan yang kreatif, keluar ke laut dan meggunakan pukat serta menggunakan segala kaedah bagi mendapatkan ikan."

Sekian, terima kasih kerana membaca nota yang panjang lebar ini. Terima kasih tuan, puan dan bakal-bakal jurutera, doktor, penulis hebat, serta calon ahli syurga.

Selamat berkarya.(^__^)

Gambar-gambar boleh dilihat di sini dan sini

Sunday, April 24, 2011

Demam Pesta Buku Antarabangsa 2011


Alhamdulillah, hari ini saya telah menghadirkan diri ke PWTC untuk meninjau-ninjau pencinta, peminat tegar, dan apa lagi yang dapat saya katakan. Rata-rata yang hadir ke pesta buku sebentar tadi benar-benar dahagakan ilmu dan bacaan baru.

Tempat pertama yang saya tuju ialah ke bilik Johor bagi mengikuti pelancaran buku Teknik Surah Yusuf tulisan Pengurusi PTS iaitu Puan Ainon Mohd. Panel yang hadir berkongsi pentas pada pelancaran buku itu tadi terdiri daripada penulis novel sejarah Islami iaitu Tuan Abdul Latip atau Pak Latip dan juga penulis buku "Diari Mat Despatch" iaitu Tuan Baharuddin Bekri.


Selain dari itu ramai juga rakan penulis lain yang dapat dijumpai pada majlis itu. Sudah seperti majlis perjumpaan penulis. Tetapi apa yang dapat saya lihat, peminat-peminat buku telah menyerbu banyak gerai buku terutamanya remaja-remaja. Jelaslah minat membaca sudah mula tumbuh dengan subur dalam diri masyarakat pada masa ini.

Di bawah ini adalah koleksi gambar yang disiarkan dari blog UNIVERSITI PTS. Gambar ini menunjukkan gambar peminat dan pencinta buku yang semakin subur dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang muda. Tahniah dan syabas.




Selamat berpesta untuk penggemar dan peminat buku di Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC. Luaskan pandangan, luaskan fikiran, luaskan bacaan, selamat menjadi orang hebat. (^_^)v

Friday, March 25, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Tidak lama lagi akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Pesta buku ini akan berlangsung bermula dari 22 April 2011 sehingga 1 Mei 2011.

Lokasinya seperti biasa seperti tahun-tahun yang lalu ia bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Bagi pembaca dan peminat tegat buku-buku terbitan PTS. Dapatkan kupon diskaun terlebih dahulu sebelum berkunjung ke gerai PTS.

Kupon-kupon diskaun semaksima 30% itu boleh didapatkan di gambar di bawah ini. Semoga semua pembaca buku menjadi orang yang hebat dikalangan yang terhebat.



Jadilah peminat kepada buku, kerana buku yang baik tidak akan pernah mengecewakan kita. Ia akan sentiasa bersama pada setiap masa sama ada sedih atau gembira.

Sunday, February 20, 2011

Tips Menulis

Semalam bertempat di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya saya bersama dengan 150 yang lain telah menyertai Seminar Jana Wang Dengan Menulis yang disampaikan oleh Novelis Puan Ain Maisarah, Tuan Zamri Mohamad, dan juga Tuan Fauzul Na'im.

Sepanjang seminar itu berjalan, banyak ilmu menulis yang tidak terdapat di dalam buku di sampaikan oleh semua panel. Bagaimanapun saya mahu berkongsikan beberapa tips yang perlu dilakukan sebelum kita mula menulis.

Tips ini wajar digunakan jika kita mahu menjadi hebat seperti penulis-penulis yang mempunyai karya yang memandaikan pembaca.
  1. Pilih penulis idola : dalam hal ini kita perlu mengkaji dan memahami bagaimana cara kerja yang digunakan oleh penulis ini.
  2. Kajian mendalam : seterusnya kita perlu memastikan bahawa kita tahu apakah teknik dan kaedah yang digunakan oleh penulis ini sehingga membuatkan penulis ini dapat menghasilkan.
  3. Tiru : Terakhir sekali apa yang perlu dilakukan ialah meniru apa yang telah dilakukan oleh penulis yang telah kita kaji cara bekerjanya.
Kaedah ini mungkin boleh digunakan bagi semua bakal-bakal penulis yang tidak ada pengalaman menulis langsung. Dengan kaedah ini masa belajar kaedah dan skil menulis mungkin dapat disingkatkan.

Bagaimanapun pada masa yang sama kita perlu banyak membaca buku-buku yang terbaik. Seperti kata pepatah apa yang ditanam, itulah yang dipetik. Dalam hal menulis apa yang kita baca, itulah yang akan tertulis.

Moga-moga ia dapat membantu kita mula menulis karya yang pertama, kedua dan yang seterusnya.

Tuesday, February 8, 2011

Kursus Jana Wang Dengan Menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat bakal-bakal doktor, jurutera, jutawan, petani moden, pembaca buku, dan juga bakal penulis buku. Bakal penulis? Mengapa pula dengan bakal penulis? Penulis ini boleh manjadi jutawankah?

Baiklah, kali ini saya hendak mewarwarkan satu seminar menulis buku yang bakal diadakan pada bulan Februari 2011 ini. Seminar menulis itu akan diadakan pada 19 Februari 2011 ini dan bertempat di Dewan Ilmu Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.



Seminar itu nanti bakal dikendalikan oleh nama besar dalam dunia penulisan dan sudah semestinya mereka ini sudahpun memiliki produk dalam kategori penulisan di pasaran. Mereka adalah Novelis Ain Maisarah, Tuan Zamri Mohamad, dan juga Tuan Fauzul Na'im.

Sekiranya anda mahu turut serta bolehlah mengambil tindakan yang pantas dengan melawat ke laman webnya di sini www.janawangdenganmenulis.com

Selamat menyertai seminar penulisan ini dan selamat menjadi penulis.

Monday, January 24, 2011

Terima kasih

Terima kasih kepada semua pembaca buku-buku PTS dan khususnya yang telah membeli dan membaca buku siri usahawan cilik iaitu Aisyah dan Roti Canai. Tidak dilupakan juga kepada editor yang telah banyak membimbing saya sepanjang membuat buku ini iaitu Cik Shiela. Insyallah, tahun ini saya akan berusaha lagi untuk menambah bilangan buku yang diterbitkan.

Didoakan supaya semua pembeli dan pembaca buku-buku PTS khususnya Aisyah dan Roti Canai akan tercapai semua cita-cita yang telah dirancangkan. Juga semoga Allah memudahkan segala kerja dan tugasan juga kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan yang terbaik.
1. Khalifah-khalifah Yang Benar
2. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
3. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
4. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
5. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
6. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
7. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
8. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
9. Dear Yayah The Series
10. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
11. Aku Mahu Superbibik
12. Khalid: Memburu Syahid
13. Aku Mahu Ain Maisarah
14. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
15. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
16. Perang Badar: Perang Penentuan
17. Bilal Bin Rabah
18. Impiana - Boxset
19. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
20. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
21. Ali Bin Abi Talib
22. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
23. Aku, Dia & Gosip
24. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
25. Projek Diet Ain Maisarah
26. Gadis Bubble Gum
27. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
28. Buletin Sri Bangsar - Boxset
29. Siapa Lebih Popular?
30. Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
31. Young Aisyah: Cuti Sekolah
32. Bacakan Saya Satu Cerita
33. Tariq: Menang ataupun Syahid
34. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
35. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?

36. Kita Hanya Di Seberang Jalan
37. O.T.A.I - Lawan Jadi Kawan
38. Aku, Dia & Glamor
39. Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq
40. Nyanyi Sunyi
41. Puteri Tudung Bermanik
42. Young Aisyah: Summer Camp
43. Sayalah Puteri Raja!
44. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
45. Aku, Dia & Coklat
46. Sarah Dan Duit Raya
47. Kelab Gadis Ayu
48. Puteri Kemilau Cahaya
49. Akukah Cinderella Itu?
50. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
51. Gadis Lolipop
52. Tukar Sekolah Lagi!
53. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
54. Munajat Malam
55. Ikramah: Penentang Jadi Pembela
56. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire!
57. Semanis Tart Ceri
58. Sayalah Putera Mahkota!
59. Aku Mahu Saiz S
60. Usahawan Cilik: Puteri Kristal
61. Aku Mahu Ke New York 2
62. Aku Mahu Popular
63. Young Aisyah: Sayang Cikgu
64. Aku Mahu Ke New York 1
65. My Memory
66. Ku Seru Nur Kasih
67. Miss Epal
68. Bara Cinta Canberra
69. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu
70. Negeri 5 Menara
71. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Edisi Jimat
72. Young Aisyah: Ponteng Puasa
73. Young Aisyah: Buli
74. Young Aisyah: Pindah Rumah
75. Tempat Pertama?
76. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - Edisi Jimat
77. Lasykar Pelangi
78. Usahawan Cilik: Aisyah & Roti Canai
79. Salju Sakinah
80. Lelaki Berkasut Merah
81. Buletin Sri Bangsar: Perang Rumah Sukan
82. Seperti Keju & Coklat
83. Aku Mahu Buli
84. Khalid: Memburu Syahid - Edisi Jimat
85. Lebai Cilik: Misteri Ayam Beracun
86. Diari Mat Despatch
87. Wasilah Cinta Weera
88. Warna-Warni Si Puteri
89. Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
90. Si Monster Cilik
91. Syahadah Gadis Aties
92. Buletin Sri Bangsar: Juara Rumah Sukan
93. Tariq: Penakluk Andalusia - Edisi Jimat
94. Impiana: Misteri Terbongkar
95. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi - Edisi Jimat
96. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
97. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
98. Nydia, Terendak Dan Bintang: Episod Pengenalan
99. Jangan Biarkan Surau Ini Roboh
100. Janji Puteri Beradu


Terima kasih kepada seluruh pembeli dan pembaca. Semoga buku-buku yang dibeli dan dibaca dapat membantu kita meneruskan perjalanan dalam mengejar semua cita-cita kita. :)

Saturday, December 4, 2010

Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010

Menurut Mark Twain, Jika kita tidak membaca buku yang. Kita tidak mempunyai apa-apa kelebihan ke atas orang yang tidak boleh membacanya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama saya tidak meng'update' blog, hari ini barulah berpeluang untuk membersihkan sawang-sawang yang terdapat di dalam blog ini. Alhamdulillah, buat masa ini saya sedang dalam proses menyiapkan sebuah lagi buku terbaru. Doakan agar saya dapat menyiapkan buku ini mengikut masa yang telah ditetapkan.
Dalam masa yang sama saya juga berhasrat untuk memberitahu mengenai facebook Ahmad Din. Semua pembaca dijemput untuk menjadi rakan Ahmad Din di facebook itu.
Selain daripada itu, 'update' kali ini saya hendak menghebahkan mengenai satu lagi pesta buku sebagai di penghujung tahun 2010 ini sebelum kita masuk ke dalam tahun 2011.
Tidak lama lagi akan berlangsung Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010. Di bawah ini adalah banner untuk mendapatkan kupon diskaun sekiranya berkunjung ke gerai PTS. Oleh itu, catatkan di dalam diari untuk berkunjung ke gerai PTS yang beralamat seperti berikut.
Tempat : Booth A49- A54 dan A70 -A72 PWTC
Masa : 22-26 Disember 2010
Banner PTS@Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

Sekian, Assalamualaikum dan selamat menjadi orang yang cemerlang dalam setiap perkara yang kita lakukan. Insyallah boleh!

Thursday, September 30, 2010

Peraduan Teka Judul Buku PTS


Masanya sudah tiba, bermula daripada 3 Oktober sehingga 25 Disember 2010 PTS akan menganjurkan Peraduan Teka Judul Buku PTS.

Oleh itu saya sarankan supaya para pembaca menyertai peraduan ini dengan merujuk kepada syarat-syarat yang telah dinyatakan. Syarat-syarat peraduan boleh dirujuk di sini.

*Saya geram melihat kepada hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada pemenang.

ahmad din