IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, October 21, 2009

Roti canai warisan negara















ROTI CANAI

Gambar : Roti Canai
Kategori : Objek Warisan Tak Ketara
Butiran Warisan : Roti Canai
Jenis : Kuih-Muih (Lain-lain)

Latar Belakang Sejarah :
Roti canai merupakan makanan kegemaran masyarakat di Malaysia. Dahulunya roti canai menjadi sajian khusus di waktu pagi, namun kini ia turut menjadi hidangan petang atau malam. Roti canai dimakan bersama dengan kuah dal atau kari serta pilihan sambal.

Roti canai dibuat berasaskan tepung gandum dan margerin yang diadun sedemikian rupa. Tepung yang sudah sebati akan dibuat dengan kadar segera sama ada di dapur atau meja yang lebar kerana pembuatnya akan menebar roti canai sebelum digoreng. Roti canai yang panas, garing dan rangup menjadi pilihan penggemarnya. Pelbagai variasi roti canai yang disediakan seperti roti canai telur, roti canai bawang, roti canai pisang dan pelbagai jenis roti canai lagi. Perkembangan terkini ialah terdapat roti canai segera yang boleh dibeli di kedai atau pasaraya.

Sumber

No comments:

ahmad din