IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, March 10, 2010

Laicikang dan idea bisnes RM XX,XXX.XX

Petang tadi Mat Din dan rakan-rakan minum-minum di satu gerai selepas tamat kelas. Alhamdulillah kami masih ada rezeki di gerai itu. Tidak lama selepas kami duduk seorang adik datang ke meja kami dan mengambil pesanan minuman. Semuanya memesan menu yang sama kerana hanya ada satu menu yang dijual dan diniagakan di gerai itu.

Setelah siap mengambil pesanan, satu dulang yang diletakkan mangkuk di atasnya dan diisi dengan kacang, jeli, buah laici, barli, dan buah-buah yang tidak dapat dikenal pasti. Semangkuk laicikang itu sangat meriah isikandungannya. Laicikang ini bertambah sedap setelah dimasukkan ais di dalam mangkuk itu.

Sedang sedap menikmati laicikang, datang sebuah motosikal yang berhenti menghampiri gerai laicikang ini. Tetapi beliau hampa kerana laicikang jalanan itu sudah habis dijual. Beberapa minit selepas itu sebuah motor yang disertai dengan beberapa buah motor yang lain datang singgah ke gerai laicikang itu. Sekali lagi seorang pelanggan pulang dengan hampa.

Mat Din kemudiannya bertanya kepada peniaga laicikang itu.
"Bagaimana pula boleh habis laicikang itu. Kasihan orang yang datang, silap-silap nanti boleh kempunan."

"Laicikang ini memang habis setiap hari."

"Sudah tahu cepat habis mengapa tidak buat banyak."

"Kami buat banyak isinya. Tetapi memang setiap hari akan habis jualan kami insyallah."

"Satu hari berapa mangkuk laicikang yang dijual."

Peniaga itu diam sebentar seperti sedang membilang jualan laicikangnya sehari. Matdin cuba meneka.

"Ada satu ribu mangkuk satu hari?"

"Tidak sampai satu ribu, ada lebih kurang lima ratus mangkuk kami jual setiap hari."

Giliran Mat Din pula untuk diam dan berfikir. Matdin mula membuat kiraan kasar jualan yang dibuat oleh gerai laicikang jalanan ini.

Satu mangkuk laicikang jalanan RM 1.00
Anggaran jualan satu hari 500 mangkuk
Untung kasar satu hari RM 500.00
Untung kasar satu bulan bersamaan 30 hari???
+

+-

+-+

+-+-

+-+-+

+-+-

+-+

+-

+

=

RM 15,000.00


RM 15,000.00 ini adalah anggaran kasar jumlah keuntungan yang telah dibuat oleh peniaga gerai ditepi jalan.

Kesimpulannya janganlah kita terlalu menghendakkan orang yang bergaji besar dan berkereta besar untuk dijadikan teman hidup. Terbukti di hadapan mata Mat Din peniaga jalanan juga mampu mengaut untung setiap bulan sebanyak lima angka.

Patutlah peniaga laicikang jalanan ini mampu mengupah sehingga dua orang pekerja di gerainya.

Selepas ini Mat Din akan membongkarkan lagi bisnes-bisnes kecil yang dijalankan oleh peniaga jalanan, gerai, warung, kedai makan yang mengaut untung beribu setiap bulan tanpa perlu tergesa-gesa ke pejabat setiap pagi disamping menyesakkan diri di dalam kesesakan jalanraya setiap hari.

Tahniah kepada laicikang jalanan.



p/s : 9/10 punca rezeki itu datangnya daripada perniagaan.


4 comments:

Arra JaSmY said...

mereka2 inilah yg digelar jutawan senyap.nmpak saja macam tu tp mereka lbih kaya dari org yg luaran nye kita nmpak macam kaya tp sbenarnya kaya dgn hutang.

ahmad din said...

Arra JaSmY : Benar, kebanyakan kita ini kaya dengan hutang.

Berhutang ini makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena.

Cik Ecah said...

cayalah matdin!! 3 bulan jual laici kang da boleh kahwin hahahaha

ahmad din said...

Cik Ecah : Hahaha, boleh juga nak kahwin. Bolehlah jumpa abang penjual laicikang. Ops, hartawan laicikang. :)

ahmad din