Sebentar tadi saya berkesempatan untuk menonton satu rancangan yang dikendalikan oleh Prof. Dr Muhaya, 'Dari mata ke hati'. Topiknya berkaitan dengan budaya dan sikap suka memberikan alasan sebelum mencuba.
Memberikan alasan adalah umpama membuka pintu kegagalan dan menutup gerbang kejayaan. Daripada rancangan itu sempat saya kutip beberapa tips penting yang disampaikan oleh orang yang hebat sepanjang rancangan itu.
• Katakan perkara yang positif pada setiap masa (bersangka baik). Kata-kata itu adalah doa. Semakin kerap kita mengulang kata-kata yang positif. Perkataan-perkataan itu akan membentuk kita menjadi orang yang positif. Iaitu salah satu daripada perkara penting yang perlu ada pada orang yang mahu berjaya• Tanamkan cita-cita yang cukup tinggi. Insyallah sebahagian daripada cita-cita itu dapat dicapai.• Dedahkan diri dengan pembacaan yang dapat meningkatkan ilmu dan menjadi orang yang berjiwa besar.• Elakkan daripada memberi alasan jika kita mahu menjadi orang yang berjaya. Seperti kata pepatah orang malas mencari alasan, manakala orang yang berjaya mencari jalan penyelesaian.• Kita perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal, mental, dan juga rohani.• Yakin dan pasti apa yang kita mahukan.• Hormat dan dapat restu dari ibu bapa• Pilihan untuk Berjaya atau gagal ada pada tangan kita.• Tetapkan matlamat seawal usia muda.• Tulis dan catat matlamat yang kita mahukan. Baca dan ulang pada setiap hari.
Semoga kita mencapai semua impian dan cita-cita yang dicatatkan.
*Takziah kepada ujian yang melanda negara Jepun. Menurut Perdana Menteri Jepun, ujian ini adalah yang terburuk sejak dari perang dunia kedua.
No comments:
Post a Comment