IKLAN

Orang hebat!

Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Tsunami 2011 : Jiwa Besar vs Jiwa Kecil


Assalamualaikum dan salam hormat.

Membaca update terbaru daripada Ustaz Hasrizal yang bertajuk 'Secebis yang ku tahu tentang Jepun itu' membuatkan saya terfikir betapa besarnya jiwa rakyat Jepun yang dilanda ombak tsunami setinggi 10 meter setelah gempa pada 9.0 skala richter.

(Ombak tsunami)

Menonton videonya pula menunjukkan pak cik yang terselamat itu seperti menerima takdir dan ketentuan, terus memikirkan untuk membangunkan semula rumahnya.

Dalam satu siaran berita di television pula saya ada terlihat mereka dengan cermat beratur panjang menanti giliran mengambil air.

(mangsa tsunami di Jepun)

Tiada yang berkelakuan berebut-rebut seperti pencuri beras ataupun pencuri duit syiling.

(mangsa tsunami minda...)


(pemangsa...)


(kartun belum akil baligh...)

Saturday, March 12, 2011

Tsunami 2011 : Tsunami di Jepun

Takziah kepada mangsa yang terlibat dengan Tsunami seperti yang dilaporkan oleh akhbar dan semua media. Semoga kita semua selamat dan dilindungi dari segala bala bencana. Bencana ini adalah ujian yang amat kecil.

Ujian ini datang sekadar untuk mengingatkan kita bahawa bumi ini sudah tua dan semakin uzur. Disebabkan itu, kita harus menggunakan masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya dan digunakan dengan tujuan yang bermanfaat sebagai bekalan hari perhitungan.

Masa ini amat sesuai untuk memulihkan kembali ingatan kita. Apa tujuan sebenar kita hidup? Apa perjuangan yang kita mahu dalam hidup ini? Apa pencapaian yang kita mahukan? Apa kelulusan yang kita mahukan?

Akhir-akhir ini terlalu banyak cakap-cakap yang melabelkan golongan, kaum, fahaman dan juga keturunan seseorang. Sedangkan di sewaktu kita di soal siasat di mahkamah Mahsyar akan datang. Kita tidak akan dikelas atau diasingkan mengikut keturunan atau latar belakang pendidikan kita.

Kita hanya akan dikategorikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah untuk yang bertakwa dan bahagian yang kedua adalah untuk yang tidak. Latar belakang keturunan atau warna kulit tidak akan diambil kira pada masa itu. Malah latar belakang pangkat di dalam parti politik atau persatuan apa juga langsung diabaikan dan tidak akan diendah.

Ada dikalangan kita hari ini adalah bakal-bakal doktor, jurutera, peguam, ketua kampung, menteri mahupun juga perdana menteri. Andai perkara yang dinamakan sebagai takwa itu diabaikan. Semua jawatan dan pangkat kita itu hanyalah seperti menjaring angin, sia-sia.

Moga kita sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang dari pemilik bumi ini.


* Takwa : Ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan: di mukanya kelihatan sinar yang jernih dan tajam, sinar ~ iman yang biasa ter­bayang di muka orang zahid; 2. takut akan Allah, hidup soleh: sesungguhnya orang yang paling ~ kepada Allah ialah orang yang benar-benar taat kepada perintah Allah; bertakwa mempunyai sifat takwa; ketakwaan perihal takwa. (Sumber : Kamus Dewan Edisi Empat)

** Menjaring angin : Perbuatan yang sia-sia belaka. (Sumber : Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)



Wednesday, February 2, 2011

Krisis Mesir

Assalamualaikum. Update kali ini saya mahu fokuskan kepada situasi yang berlaku di Mesir. Krisis negara yang membuatkan rakyat Malaysia yang berada di sana menghadapi ujian yang agak berat.

Semoga semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di Mesir dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. Terkini Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia dengan menggunakan jalan laut dan udara. (sumber : Berita Harian) Air Asia dan juga MAS juga mungkin akan menghantar pesawat mereka untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terlibat dengan ujian ini.



Untuk info penerbangan pula boleh dirujuk di sini : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/p/info-penerbangan.html

Thursday, October 21, 2010

Jutawan Muda


Jika mereka mampu melakukan kita juga pasti boleh kerana yang membezakan diantara orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya ialah usaha dan perancangan berserta doa restu dari semua insan.

zuckerberg200.jpg
Mark Zuckerberg
Beliau telah mencapai sejuta pertama beliau pada umur di bawah 25 tahun menggunakan Facebook sebagai mesin pencetak wangnya. Beliau juga didapati menyumbang 100juta US dollar kepada sebuah sekolah.


kip2.jpg
Michael Dell
Mesin mencetak wangnya mula beroperasi pada saat beliau berumur 19 tahun dan pada masa itu juga beliau telah memperolehi sejuta beliau yang pertama melalui Dell.

Beliau berkata, "I think people that look for great ideas to make money aren't nearly as successful as those who say, 'Okay, what do I really love to do? What am I excited about?' "


kip4.jpg
Sean Belnick
Satu juta beliau yang pertama di capai pada usia 16 tahun melalui bisnes menjual perabot melalui internet.

Petikan kata-kata dari beliau, "It is never too early to start. I started when I was 14.There was a lot of great information on the Internet. Just do the research and find a way to do what you want to do."


kip3.jpg
Catherine Cook
Pada usia beliau 18 tahun beliau sudahpun memperoleh pendapatan berangka jutanya yang pertama melalui laman web mirip facebook dan didapati laman itu mendapat perhatian yang tinggi dari US.
Antara petikan ayat dari beliau, "Stop just thinking about it, and make it happen. When you're young is the best time to start your own business, as you do not have the responsibilities you will have when you're older. The worst that can happen if you fail now is that you have firsthand experience to make your next venture a success."


Sumber rujukan adalah dari sini.

Monday, September 6, 2010

Tips Kewangan Dari Jutawan!

Beberapa tips jika mahu terus kekal mempunyai simpanan yang tinggi :

1. Tinggal di rumah biasa,
  • Tidak perlu berpindah rumah jika rumah yang sedang kita diduduki sekarang ini masih lagi selesa dan selamat untuk didiami. Sekiranya perlu, gunakan lebihan wang yang ada untuk membeli rumah tambahan yang boleh disewakan.
2. Gunakan pengangkutan awam,
  • Dengan menggunakan penggangkutan awam seperti LRT dan komuter, kita dapat menghindari kesesakan jalanraya yang sering menghantui warga bandar. Dalam masa yang sama kadar pencemaran udara juga dapat diturunkan dan kita sekaligus dapat menjimatkan duit minyak dan juga menjaga alam sekitar.
3. Membeli pakaian yang tidak berjenama,
  • Kebanyakan pakaian yang ada di gedung membeli belah kualitinya tidaklah seperti yang kita harap-harapkan. Tanpa disedari sesetengah pakaian yang kita bayar itu bukan disebabkan kerana kualitinya yang terbaik. Tetapi nilai yang dibayar itu adalah harga jenama pakaian tersebut dan bukan harga kualitinya.
4. Menggunting rambut sendiri di rumah,
  • Sekiranya kita sudah berkahwin adalah lebih afdal jika kita meminta pertolongan daripada isteri kita untuk mengguntingkan rambut kita di rumah. Bantuan daripada isteri tersayang akan menjimatkan duit keluarga tanpa perlu membayar duit minyak untuk ke kedai menggunting rambut dan turut membayar upah menggunting rambut. Bagaimanapun, jika masih lagi belum mempunyai suri di rumah (seperti saya) bolehlah meminta bantuan daripada kawan ataupun adik untuk mengguntingkan rambut anda.
5. Memandu kenderaan biasa,
  • Berbalik kepada bahagian kenderaan, suka saya nyatakan di sini bahawa kita harus ukur saiz tangki minyak di poket sendiri. Sekiranya kita sangat memerlukan penggunaan kenderaan yang sangat maksimum maka bolehlah kita memiliki kenderaan yang tahan lasak. Sebaliknya jika kenderaan hanya digunakan untuk penggunaan yang minimum dan tidak kerap penggunaannya, cukuplah sekadar dengan memiliki kenderaan yang menjimatkan seperti Kancil ataupun Viva.

6. Meniggalkan barangan mewah,
  • Memiliki barangan mewah bukanlah penentu kepada kekayaan seseorang. terdapat golongan yang hidupnya bergelumang dengan barangan mewah. Contohnya seperti memiliki jet persendirian, memiliki rumah yang besar, memiliki isteri yang besar, dan kesemuanya besar-besar belaka dan juga mewah. Tetapi kemewahan yang dimiliki itu semua mempunyai nilai susut semenjak kita mula membelinya lagi. Oleh itu sekiranya hendak memiliki barangan mewah, saya amat mencadangkan supaya kita mengumpul emas contohnya dinar emas ataupun barangan kemas.

Kesimpulannya kita memiliki banyak cara untuk menjimatkan wang dan kita juga memiliki banyak langkah untuk kita menghabiskan wang. Sekian, selamat berpuasa dan menguruskan wang anda.
Sumber dari sini.

ahmad din