Ahmad Din
Assalamualaikum dan selamat datang. Sebarang cadangan teguran, nasihat dan juga apa saja boleh di emelkan ke sini ahmaddin.penulis@gmail.com.
Pages
Wednesday, January 18, 2012
Syukur, Alhamdulillah!
Sunday, January 1, 2012
Soalan Pertama Tahun 2012.
Assalamualaikum buat semua bakal-bakal doktor, jurutera, hafiz, guru besar dan juga bakal-bakal jutawan yang baik hati.
Seawal pagi tadi, seorang rakan bertanya kepada saya. Ia adalah soalan pertama dalam tahun ini. Soalnya, "Bila hendak menikah?"
Saya memandang ke langit dan menjawab tenang, "Insyallah tahun 2015."
Dia pantas bertepuk tangan laju-laju, tersenyum hingga mata menjadi sepet. Dia bertanya lagi, "Tahniah! Kau sudah ada calonnya?"
Sekali lagi saya menjawab dengan lancar dan tenang, "Belum ada lagi, 2014 nanti baru cari. Sekarang cari duit dulu."
Dia pantas berhenti senyum dan terus memuncungkan mulut. Sebenarnya saya juga tiada jawapan yang tepat. Hanya tuhan sahaja yang tahu (macam lirik lagu pula).
Jadi, kenapa saya menetapkan tahun 2015 sebagai target bagi menamatkan zaman bujang? Jawapannya, hanya satu. Tuan-tuan juga pasti tahu apa jawapan itu. Jawapannya jika kita tidak merancang, kita sedang merancang untuk gagal.
Sekian sahaja kali ini. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan untuk meredah tahun 2012. (^_^)b
Thursday, December 29, 2011
Apakah pandangan kamu tentang pernikahan di usia muda?
Monday, December 19, 2011
Merancang Pencapaian 2012
Wednesday, December 14, 2011
'Hadiah' apakah yang paling sesuai untuk senior yang besar kepala dan sombong tak bertempat dengan junior nya? (sama jantina)
Hadiah paling mahal, sekuntum senyuman bersama sejambak doa. :D
Wednesday, November 16, 2011
Macam mana nak hadapi orang bongkak serta pemalas?Nyatakan kekdah yang paling efektif.
Langkah pertama tarik nafas. Kemudian, salam tangannya. Ketiga beredar dari tempat itu dan pergi ke tempat yang lebih aman.
Hidup dan masa kita lebih mahal daripada 100kg emas. Elakkan daripada membazirkan masa kita dengan berhadapan orang seperti itu.
Akhir sekali, doakan agar dia berubah dan mendapat hidayah. Kerana kita hanya mampu menasihatkan dia. Bagaimanapun hidayah tetap datang dari Allah juga. :D
Sunday, November 13, 2011
Peperiksaan | Kejayaan Adalah Hak Milik Setiap Insan
Man Jadda Wajada, siapa berusaha, dia berjaya!Kepada bakal-bakal doktor, jurutera, peguam, usahawan, jutawan, hartawan dan juga bakal-bakal menteri serta Perdana Menteri. Selamat menghadapi peperiksaan dengan jayanya.Moga esok hari, semuanya bangun dari tidur dan siap membawa slip peperiksaan, kad pengenalan, alatan menulis, minda yang tenang serta doa restu dari ayah, ibu dan semua keluarga.Moga tuhan membantu kalian semua menjawab semua soalan dengan mudah. Selamat berusaha!
^__^' b
Kejayaan adalah hak milik setiap insan.
Ahmad din
Thursday, October 27, 2011
Festival Buku Kanak-Kanak 2011



Saturday, October 22, 2011
Puisi 1
Friday, October 14, 2011
Dari Novel Ke Filem | Tips menulis daripada Habiburrahman El Shirazy
Sabtu lalu Ahmad Din hadirkan diri ke satu Bengkel penulisan di UIA Gombak anjuran SERUMPUN. Bagaimanapun, Ahmad Din hanya dapat menyertai sesi yang pertama sahaja iaitu sesi bersama Habiburrahman El Shirazy.
Petama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengangur program ini iaitu SERUMPUN.

- Novel ayat-ayat cinta (AAC) terjual sebanyak 1 juta naskah.
- Pada tahun 2008 AAC telah ditonton oleh seramai 3.8 juta penonton.
- Pada tahun 2008 sebanyak 450,000 naskah novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang telah terjual.
- Jumlah itu membuatkan banyak penerbit berminat untuk menerbitkan novel KCB menjadi sebuah filem islami.
- Pesannya, jika mahu membuat filem islami, semua pihak yang terlibat perlu faham dengan islam. Bermula daripada penulis skrip, pengarah dan juga pelakon itu sendiri mesti faham apa itu islam.
- Tujuan menerbitkan filem ini adalah bagi berdakwah melalui filem.
- Ada yang bertanya mengapa mesti berdakwah melalui filem? Jawapannya, tuntutan dakwah Islam itu harus disampaikan seluas-luasnya kepada umat manusia di seluruh bumi dengan cara yang indah.
- Di barat ada banyak filem-filem yang mengagungkan barat malah ada filem yang menghina islam. Oleh itu, bagi melawan agenda barat itu, kita perlu menggunakan senjata yang sama. Pedang lawannya pedang, filem lawannya juga filem, tulisan lawannya juga tulisan.
- Dalam islam cerita yang indah terdapat dalam Surah Yusuf.
- Satu jam sahaja kita menonton filem yang tidak bagus, membuatkan kita lupa terus ilmu agama yang diketahui.
- Kita perlu menyebarkan ilmu islam, menyebarkan rahmat kepada seluruh alam.
- Di setengah kawasan, remaja di kawasan itu sangat sukar dan tidak mahu membaca buku. Malah, mengajak untuk pergi ke masjid juga sukar. Namun, mengajak mereka pergi menonton wayang amat mudah.
- Hasilnya, kita hadirkan filem ketika cinta bertasbih bagi menarik mereka menonton filem islami.
- Antara syarat-syarat yang dikenakan sekiranya mahu berlakon dalam filek KCB. Pelakon-pelakon itu perlu tahu mengaji Quran. Hasilnya, ramai yang pergi ke sekolah dan bertemu dengan para ustaz mahu belajar mengaji Quran semata-mata mahu lulus audition sebagai pelakon.
- Pengkarya tugasnya menghantarkan karya-karya yang indah, menanam minat kepada penonton mengenai islam. Manakala tugas ustaz dan ilmuan pula mengajar mereka apa itu kehidupan cara islam.
- Menurut Syeikh Dr Khalid Hindawi. 1 filem islami nilainya sama dengan 1000 buku islami.
- Kejayaan filem KCB adalah hasil daripada penelitian AAC yang tidak berapa berjaya.
- Bagi menghasilak filem islami, kita perlu memilih piak yang mempunyai kredibiliti.
- Kebanyakan filem-filem sebelum ini banyak memilih lokasi di barat. Namun KCB mahu perkenalkan budaya Timur Tengah.
- Antara syarat-syarat lain bagi menjadi pelakon dalamfilem KCB, bintang-bintang itu perlu faham dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.
- Penulis skrip jug aperlu faham dan mengamalkan Islam.
- Penonton akan protes sekiranya pelakon tidak membawa watak Islam di luar lokasi pengambaran (kehidupan seharian).

- Audition diikuti sebanyak 7000 orang peserta.
- Pihak penerbit menghabiskan belanja sebanyak 4 milyar (mata wang) bagi kos audition sahaja.
- Audition dijalankan sebanyak 9 tempat di Indonesia dan 1 di cairo.

- Bagi mencapai target itu, semua pihak perlu memenuhi 3 perkara.
- Pertama, lokasi pengambaran harus betul-betul di Mesir
- Kedua, filek KCB perlu dibuat mirip novelnya.
- Ketiga, disebabkan novel KCB ada dua. Maka filem itu juga perlu dibuat sebanyak 2 buah.
- Hasilnya, penonton bagi KCB 1 = 3.2 juta penonton (ada iklan dan promosi yang banyak)
- Penonton bagi KCB 2 = 2 juta penonton (tanpa iklan dan promosi yang besar)
- Rating bagi sinetron KCB sepanjang ramadan pula sebanyak 18 juta penonton (Jumlah rakyat Malaysia pada tahun 2011 seramai 27juta++ orang)
- Bagi menyampaikan ilmu dan syariat Islam kepada 18 juta orang memerlukan berapa buah masjid?!

"Ada tiga tips menulis yang saya amalkan. Yang pertama, menulis. Keduanya, menulis juga. Dan yang ketiga menulis dan terus menulis. Sekiranya kita belajar dengan beratus orang profesor dan mengikuti 1000 kursus penulisan. Namun tetap tidak lagi mula menulis, kita tidak akan jadi penulis."

Sekian, terima kasih kerana membaca nota yang panjang lebar ini. Terima kasih tuan, puan dan bakal-bakal jurutera, doktor, penulis hebat, serta calon ahli syurga.
Saturday, October 8, 2011
PTPTN - Tips Membayar PTPTN Dapat Rumah
Friday, September 30, 2011
PTPTN - Tips Menabung
Pada tahun ke 18 tuan, puan itu sudah pun berjaya memiliki sebanyak 18 dinar emas. Pada waktu itu, dengan izin Allah, tuan, puan tidak perlu lagi membuat pinjaman PTPTN kerana nilai emas pada waktu dijangkakan meningkat berbanding nilai sekarang.
*Ini adalah sekadar cadangan dan masih boleh dipertikaikan lagi cadangan ini. Cadangan ini juga hanyalah sekadar cadangan. Tuan puan juga berhak untuk tidak mengikut saranan ini. :)
Saturday, September 24, 2011
37 Aktiviti Cuti Sekolah
Namun, disebabkan sekarang ini orang muda semuanya sudah tahu menggunakan internet dan boleh dikatakan, seluruh pelusuk bumi yang mempunyai capaian internet pasti ada pemilik-pemilik akaun facebook.
Disebabkan itu, aktiviti musim cuti sekolah pergerakan semakin lama semakin sedikit. Jika dibiarkan, ia boleh membuatkan kita semakin malas bergerak dan lama kelamaan ia boleh mendatangkan mudarat.
- Berkebun
- Belajar memasak resepi baru
- Mengulang kaji pelajaran tahun depan
- Mengemas bilik
- Buat dekorasi
- Ubah suai kedudukan perabot alam bilik
- Mencari idea dan hobi baru
- Mengenal pasti bakat kita
- Bersiar-siar mencari pengalaman
- Mengambil gambar
- Membuat perancangan masa depan
- Bersenam sehingga keluar peluh
- Menulis impian dan cita-cita
- Bekerja separuh masa mencari wang
- Membaca buku tentang masa depan
- Mencari pengalaman berniaga
- Membeli belah buku dengan diskaun
- Belajar menulis buku
- Menulis buku dan menerbitkan buku
- Mengikuti kursus menulis
- Mengikuti kelas tambahan
- Beriadah di sungai dan pantai
- Melawat muzium
- Mengambil lesen kenderaan
- Mempelajari seni mempertahankan diri
- Membantu ibu dan ayah
- Pulang ke kampung
- Berangan-angan
- Menghadiri festival buku kanak-kanak
- Menghadiri jualan buku murah dengan potongan harga sehingga 95%!
- Memperbaiki bacaan al Fatihah dan semua bacaan dalam solat
- Khatam quran
- Berbasikal
- Bersenam di taman permainan
- Mengikut tai chi
- Pelajari cara membuat kuih
- Membaca buku-buku Usahawan Cilik. :D
Monday, September 19, 2011
Sunday, September 18, 2011
What book are you reading right now?
Write a children's book and get it published, chiken soup for the soul think positif, the magic of thinking big (bahasa), start where you are (bahasa), misi menyelamatkan Puan Ainon. :D
Tuesday, September 13, 2011
UPSR
Alhamdulillah keputusan yang keluar baik dan kena pada usaha yang dibuat.
Selamat menjawab soalan. Selamat menjadi kreatif. Selamat hari raya. :D
Sunday, September 11, 2011
bagaimana abgdin mengatasi masalah2 yg melanda pada abgdin,kerana saya selalu nmpk abgdin sentiasa senyum sahaja.
Kongsikan dengan kawan-kawan, anggap itu semua ujian dan cari hikmah disebalik ujian-ujian itu.
Bila kita senyum orang lain turut berjangkit dan bila orang lain senyum kita juga akan bahagia.
Hidup ini cuma sementara, dan usah biarkan ujian-ujian itu membantutkan perjalanan kita di dunia ini.
(cikgu saya pesan tukar perkataan masalah kepada ujian. perkataan masalah boleh buatkan kita bertambah serabut)
Tiada pantai yang tidak mendapat ombak (kecuali Pantai Dalam). :D
Saturday, August 27, 2011
Tuesday, August 9, 2011
Antara sahur dan berbuka yang mana satu lagi seronok?
Antara sahur dan berbuka yang mana satu lagi seronok?
Answer here
Wednesday, August 3, 2011
Bazar Ramadan
- Sebelum membeli sebarang lauk misalnya ayam goreng atau ayam percik pastikan tiada telur lalat. Makanan yang terdedah berpotensi besar untuk membenarkan lalat bertelur.
- Bawa wang yang mencukupi sahaja ke bazar ramadan. Jika tidak, risiko untuk kita berbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Satu kajian yang dijalankan mendapati, perut yang kosong akan meningkatkan nafsu membeli pada tahap yang tinggi.
- Jaga dompet dan barang-barang yang berharga daripada menjadi sasaran penyeluk dompet.
- Bawa duit lebih untuk didermakan kepada orang yang memerlukan di bazar ramadan.





