IKLAN

Orang hebat!

Friday, September 30, 2011

PTPTN - Tips Menabung

Baru-baru ini PTPTN sudah mula mengeluarkan ilkan menabung dengan membuka akaun SSPN bagi menyimpan wang untuk tujuan pendidikan pada masa akan datang.

Setelah berfikir berkali-kali, saya terfikirkan satu perkara. Teringat saya kepada satu cerita P. Ramlee, zaman itu nasi lemak satu bungkus dalam filem itu hanya berharga 20 sen sahaja. Kini nasi lemak biasa harganya RM1.00++. Jika di Kedah, tempat saya menetap sepanjang menuntut ilmu di Politeknik dahulu masih lagi ada dijual nasi lemak yang berharga 60 sen sebungkus.

Berdasarkan cerita P. Ramlee dan harga nasi lemak itu. Terdetik di fikiran saya, pada masa akan datang berapa puluh ribu pula harga yang perlu dibayar oleh anak-anak saya (setelah saya bernikah dan isteri saya bersalin) untuk menyambung pengajian di universiti.

Purata bagi penuntut diploma akan diberi pinjaman wang PTPTN sebanyak RM15,000.00 sepanjang tempoh belajar selama tiga tahun. Namun jumlah yang perlu dibayar pula adalah sebanyak RM15,000.00++++. Ya, sudah pasti bayaran pinjaman lebih daripada nilai pinjaman yang diberikan.

Atas sebab itu, bagi bakal-bakal doktor, peguam, artikek, ulama dan juga bakal-bakal jurutera serta karyawan yang masih lagi bersekolah. Saya ada satu cadangan jika mahu menyimpan wang bagi simpanan masa depan. Pada masa yang sama, kita boleh mengelakkan diri daripada meminjam wang dengan PTPTN.

Buat ibu bapa, saya cadangkan agar simpanan dibuat semenjak tahun pertama anak tuan, puan dilahirkan. Cadangan saya ialah simpanan dalam bentuk pelaburan, misalnya emas. Seandainya setiap tahun tuan, puan membeli satu dinar emas.

Pada tahun ke 18 tuan, puan itu sudah pun berjaya memiliki sebanyak 18 dinar emas. Pada waktu itu, dengan izin Allah, tuan, puan tidak perlu lagi membuat pinjaman PTPTN kerana nilai emas pada waktu dijangkakan meningkat berbanding nilai sekarang.

Sekiranya dalam masa setahun, tuan puan membeli sebanyak 1 dinar emas pada setiap 2 bulan. Pada penghujung tahun, tuan, puan sudah pun memiliki sebanyak 6 keping dinar emas.

Sekian, cadangan dan pendapat 2 sen daripada saya. Selamat menabung, melabur dan leburkan hasilnya menjadi ilmu yang bermanfaat untuk diri, keluarga dan agama.

(^____^)b


*Ini adalah sekadar cadangan dan masih boleh dipertikaikan lagi cadangan ini. Cadangan ini juga hanyalah sekadar cadangan. Tuan puan juga berhak untuk tidak mengikut saranan ini. :)

No comments:

ahmad din