IKLAN

Orang hebat!

Saturday, October 22, 2011

Puisi 1

Malam ini terasa seperti mahu berpuisi. Saya juga tidak tahu adakah apa yang saya akan catatkan di bawah ini adalah puisi ataupun hanya contengan. Apa salahnya jika kita cuba bukan. Tiada ruginya. :D


Awan putih

Air dari langit turun semenjak pagi ini,
turunnya seperti mengalir sungai,
bagai tiada tanda mahu berhenti.

Petang,
mata melihat ke langit,
ada kepulan awan hitam bertemu awan putih,
pertemuan dua awan yang berbeza warna,
pertemuan yang sudah diaturkan pemilik awan.

Malam,
air dari langit terus turun,
mungkin tugasnya membersihkan debu,
debu kotor di Kuala Lumpur,
penuh lumpur disebalik menara.

Pagi,
di rumah,
tilam diadun bersama bantal,
sungguh sedap kata kepala,
mata pejam sama setuju,
berlayarlah mimpi bertemu sang puteri.

Pagi,
Bangkok Bank,
sejuknya mencucuk tulang hitam,
tilam empuknya kotak,
beg menjadi bantal,
cukup untuk lelap malam ini,
ada kain menjadi selimut,
menghalang embun
beratapkan awan berlantaikan jubin import,
empunya diri bukan pengemis,
cuma rumahnya ditakdirkan di sana,

Pagi,
di rumah,
selimut tebal sungguh indah,
syukur.


Ahmad Din
1:31AM
24/11/1432

No comments:

ahmad din