IKLAN

Orang hebat!

Monday, December 19, 2011

Merancang Pencapaian 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bakal penulis, doktor, ulama, menteri, ahli sukan dan juga bakal jutawan yang pemurah. (^_^)v

Ahmad Din berminat untuk berkongsi satu idea sebelum menjelang tahun 2012.

Sebelum itu saya mahu bertanya, adakah tuan dan cikpuan semua sudah membuat persediaan aktiviti dan pekerjaan yang hendak dibuat sepanjang tahun depan?

Sekiranya belum, saya cadangkan agar kita mulakan mencatat pekerjaan yang kita mahu laksanakan pada tahun 2012 akan datang.

Saya sudahpun membuat beberapa perancangan aktiviti menulis bagi tahun 2012. Sasaran bagi kerja menulis pada tahun 2012 adalah menulis sebanyak XX buah buku. (Amin...amin moga Allah permudahkan)

Adakah saya akan mencapai sasaran ini? Saya juga tidak tahu. Bagaimanapun, apabila kita sudah menulis dan mencatatkan apa yang hendak dilakukan. Allah akan memberikan ruang dan peluang untuk kita laksanakan perancangan itu.

Saya yakin, tuan dan cikpuan semua pernah mendengar, "Jika kita gagal merancang. Kita sebenarnya sedang merancang untuk gagal."

Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan agar kita membuat persediaan dan mula menulis. Apa yang hendak kita capai pada tahun depan dan lima tahun akan datang. :D

Sekian, selamat mencuba dan selamat berjaya menempuh tahun 2012!

 (^_^)b

p/s : Dengan izin tuhan yang menguniakan rezeki. Buku kedua Ahmad Din dan seterusnya dapat diterbitkan pada tahun 2012. Mohon doa daripada tuan dan cikpuan semua semoga semuanya berjalan dengan baik. Dan semoga Allah permudahkan urusan editor-editor yang telah banyak membantu.

No comments:

ahmad din