IKLAN

Orang hebat!

Friday, November 30, 2012

2. Hujan Turun, Doa Diangkat

Hari ini pagi-pagi lagi pergi bersenam. Kemudian pulang ke rumah dan bersiap-siap sebelum ke pejabat. 

Selepas jumaat bertemu dan berbincang tentang ebook bersama bakal penulis. Kemudian ke Taman Permata pula menghadiri pertemuan yang di janjikan selepas asar.

Namun, di pertengahan jalan. KLCC yang kebiasaannya dapat dilihat berdiri dari lebuhraya DUKE, petang ini ia hilang daripada pandangan mata. Awan hitam telah menyelimuti bangunan pencakar langit itu.

Di sebuah jambatan, saya berhentikan motosikal dan berteduh sebentar di bawah jambatan. Di depan seorang anggota polis turut sama berhenti. 

Dia menurunkan tongkat motosikal dan segera membuka baju lalu menggantikan jaket kepada baju hujan berwarna hijau. Beliau kemudiannya meredah hujan yang lebat bagi menjalankan tugas.

Semakin lama, semakin banyak motosikal yang berhenti dan berteduh di bawah jambatan. Secara jujur, ia adalah situasi yang merbahaya. 

Namun, perjalanan tetap tidak dapat diteruskan kerana bimbang komputer riba basah lencun.

Selepas hujan reda, perjalanan diteruskan bagi memenuhi janji bersama seorang jurulatih penulisan. 

Melihat jam, beberapa minit lagi akan masuk waktu asar. Singgah sebentar di sebuah masjid dan mencari tempat parking. 

Ternampak sebuah motosikal yang menjual satay ikan, teringat kepada zaman dulu selalu juga beli satay ikan yang bakar ini. Beli dua ringgit dan makan dalam kedinginan ditiup angin. 

Masjid ini dipenuhi dengan anak-anak orang terdekat yang hadir ke program tahfiz. bagusnya, walaupun mereka bising bercakap-cakap. Tidak ada seorang ajk masjid pun yang menjerit dan menengking mereka.

Pastinya ajk masjid ini sudah dididik supaya menghormati jemaah muda dan juga bakal-bakal pemimpin agama dan negara ini.

Perjalanan kemudiannya diteruskan lagi sehingga selesai mesyuarat. Dalam perjalanan pulang singgah sebentar di sebuah petronas. Di sana terjumpa seorang mantan atlit bina badan yang sudah kembali kepada fitrah.

Rupa-rupanya dia turut sama menumpang sembayang di surau kecil petronas itu. Orangnya bagus dan membumi.

Malam, tiba di rumah. Hadir ke satu majlis bacaan doa kepada seorang saudara yang ditimpa ujian kesabaran. Didoakan supaya Allah mengurniakan kesabaran yang tertinggi kepada dirinya dan keluarga.


11:16pm

No comments:

ahmad din