IKLAN

Orang hebat!

Friday, October 14, 2011

Dari Novel Ke Filem | Tips menulis daripada Habiburrahman El Shirazy



Sabtu lalu Ahmad Din hadirkan diri ke satu Bengkel penulisan di UIA Gombak anjuran SERUMPUN. Bagaimanapun, Ahmad Din hanya dapat menyertai sesi yang pertama sahaja iaitu sesi bersama Habiburrahman El Shirazy.

Petama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengangur program ini iaitu SERUMPUN.


Alhamdulillah, tidak banyak dapat sedikit yang Ahmad Din berjaya catatkan ilmu dan maklumat yang disampaikan oleh beliau. Moga bermanfaat buat kita semua. (^__^)y

  1. Novel ayat-ayat cinta (AAC) terjual sebanyak 1 juta naskah.
  2. Pada tahun 2008 AAC telah ditonton oleh seramai 3.8 juta penonton.
  3. Pada tahun 2008 sebanyak 450,000 naskah novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang telah terjual.
  4. Jumlah itu membuatkan banyak penerbit berminat untuk menerbitkan novel KCB menjadi sebuah filem islami.
  5. Pesannya, jika mahu membuat filem islami, semua pihak yang terlibat perlu faham dengan islam. Bermula daripada penulis skrip, pengarah dan juga pelakon itu sendiri mesti faham apa itu islam.
  6. Tujuan menerbitkan filem ini adalah bagi berdakwah melalui filem.
  7. Ada yang bertanya mengapa mesti berdakwah melalui filem? Jawapannya, tuntutan dakwah Islam itu harus disampaikan seluas-luasnya kepada umat manusia di seluruh bumi dengan cara yang indah.
  8. Di barat ada banyak filem-filem yang mengagungkan barat malah ada filem yang menghina islam. Oleh itu, bagi melawan agenda barat itu, kita perlu menggunakan senjata yang sama. Pedang lawannya pedang, filem lawannya juga filem, tulisan lawannya juga tulisan.
  9. Dalam islam cerita yang indah terdapat dalam Surah Yusuf.
  10. Satu jam sahaja kita menonton filem yang tidak bagus, membuatkan kita lupa terus ilmu agama yang diketahui.
  11. Kita perlu menyebarkan ilmu islam, menyebarkan rahmat kepada seluruh alam.
  12. Di setengah kawasan, remaja di kawasan itu sangat sukar dan tidak mahu membaca buku. Malah, mengajak untuk pergi ke masjid juga sukar. Namun, mengajak mereka pergi menonton wayang amat mudah.
  13. Hasilnya, kita hadirkan filem ketika cinta bertasbih bagi menarik mereka menonton filem islami.
  14. Antara syarat-syarat yang dikenakan sekiranya mahu berlakon dalam filek KCB. Pelakon-pelakon itu perlu tahu mengaji Quran. Hasilnya, ramai yang pergi ke sekolah dan bertemu dengan para ustaz mahu belajar mengaji Quran semata-mata mahu lulus audition sebagai pelakon.
  15. Pengkarya tugasnya menghantarkan karya-karya yang indah, menanam minat kepada penonton mengenai islam. Manakala tugas ustaz dan ilmuan pula mengajar mereka apa itu kehidupan cara islam.
  16. Menurut Syeikh Dr Khalid Hindawi. 1 filem islami nilainya sama dengan 1000 buku islami.
  17. Kejayaan filem KCB adalah hasil daripada penelitian AAC yang tidak berapa berjaya.
  18. Bagi menghasilak filem islami, kita perlu memilih piak yang mempunyai kredibiliti.
  19. Kebanyakan filem-filem sebelum ini banyak memilih lokasi di barat. Namun KCB mahu perkenalkan budaya Timur Tengah.
  20. Antara syarat-syarat lain bagi menjadi pelakon dalamfilem KCB, bintang-bintang itu perlu faham dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.
  21. Penulis skrip jug aperlu faham dan mengamalkan Islam.
  22. Penonton akan protes sekiranya pelakon tidak membawa watak Islam di luar lokasi pengambaran (kehidupan seharian).

Sesi audition KCB :
  1. Audition diikuti sebanyak 7000 orang peserta.
  2. Pihak penerbit menghabiskan belanja sebanyak 4 milyar (mata wang) bagi kos audition sahaja.
  3. Audition dijalankan sebanyak 9 tempat di Indonesia dan 1 di cairo.

Sasaran penonton bagi KCB adalah sebanyak 5 juta penonton :
  1. Bagi mencapai target itu, semua pihak perlu memenuhi 3 perkara.
  2. Pertama, lokasi pengambaran harus betul-betul di Mesir
  3. Kedua, filek KCB perlu dibuat mirip novelnya.
  4. Ketiga, disebabkan novel KCB ada dua. Maka filem itu juga perlu dibuat sebanyak 2 buah.
  5. Hasilnya, penonton bagi KCB 1 = 3.2 juta penonton (ada iklan dan promosi yang banyak)
  6. Penonton bagi KCB 2 = 2 juta penonton (tanpa iklan dan promosi yang besar)
  7. Rating bagi sinetron KCB sepanjang ramadan pula sebanyak 18 juta penonton (Jumlah rakyat Malaysia pada tahun 2011 seramai 27juta++ orang)
  8. Bagi menyampaikan ilmu dan syariat Islam kepada 18 juta orang memerlukan berapa buah masjid?!

Tips Menulis daripada Habiburrahman El Shirazy :
"Ada tiga tips menulis yang saya amalkan. Yang pertama, menulis. Keduanya, menulis juga. Dan yang ketiga menulis dan terus menulis. Sekiranya kita belajar dengan beratus orang profesor dan mengikuti 1000 kursus penulisan. Namun tetap tidak lagi mula menulis, kita tidak akan jadi penulis."

Tips mendapatkan idea daripada Habiburrahman El Shirazy:

"Idea seperti ikan di lautan dan penulis pula merupakan nelayan. Nelayan yang malas, duduk di tepi pantai dan menuggu ikan datang ke pantai. Nelayan yang kreatif, keluar ke laut dan meggunakan pukat serta menggunakan segala kaedah bagi mendapatkan ikan."

Sekian, terima kasih kerana membaca nota yang panjang lebar ini. Terima kasih tuan, puan dan bakal-bakal jurutera, doktor, penulis hebat, serta calon ahli syurga.

Selamat berkarya.(^__^)

Gambar-gambar boleh dilihat di sini dan sini

4 comments:

alia harun said...

nota terbaik!
*ralat no.18

Ariffuddin Sani said...

alia harun : ha ha, terima kasih! Sebenarnya ini menaip sambil pejam mata. Terima kasih.:D

rahmahmokhtaruddin said...

Terima kasih kerana berkongsi. Suka!

Ariffuddin Sani said...

rahmahmokhtaruddin : Terima kasih kembali, moga dapat membantu untuk karya-karya Cik Rahmah yang seterusnya. :D

ahmad din