IKLAN

Orang hebat!

Tuesday, November 27, 2012

1. Menyelam Sambil Minum Air, Membunuh Sambil Bekerja.


Beberapa hari sebelum ini saya ada terbaca, bahawa apabila kita menulis peristiwa yang tidak berapa bagus untuk diri kita di atas kertas. Kita menjadi lebih lega dan bahagia.


Oleh itu mulai hari ini, saya bercadang untuk kongsikan peristiwa yang saya lihat pada setiap hari. insya-Allah, supaya blog ini sentiasa mempunyai update dan tidak berhabuk lagi. :)


Semalam waktu pulang ke rumah, saya perlu mencelah-celah kenderaan di jalanraya sebelum dapat tiba di rumah. 

Sebagai pengguna motosikal, kami perlu berhati-hati dan menunggang dengan cermat sepanjang masa. Ada beberapa ketika, saya terpaksa mengelak kereta yang memandu seperti ketam.

Apabila berada di sebelah ruang pemandu. Rupa-rupanya mereka bukan orang yang sesat mencari jalan ataupun datang daripada kampung dan tidak pernah masuk ke dalam bandar.

Sebaliknya mereka memandu sambil kepala tunduk memandang tablet ataupun smartphone. Kesimpulannya, apabila kita mempunyai banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam satu masa. Susun, asing dan fokuskan kepada satu-satu kerja sehingga selesai. 

Jika semua kerja mahu disiapkan dalam satu masa, besar kemungkinan kita tidak dapat buat semua. Kemungkinan yang kedua pula kita akan membunuh satu nyawa yang tidak bersalah sewaktu melakukan tugasan syarikat ataupun bisnes di dalam kereta.

Bak kata pepatah, menyelam sambil minum air. Dalam situasi ini ia dipanggil, membunuh sambil buat tugasan syarikat.

No comments:

ahmad din