Alhamdulillah, hari ini saya telah menghadirkan diri ke PWTC untuk meninjau-ninjau pencinta, peminat tegar, dan apa lagi yang dapat saya katakan. Rata-rata yang hadir ke pesta buku sebentar tadi benar-benar dahagakan ilmu dan bacaan baru.
Tempat pertama yang saya tuju ialah ke bilik Johor bagi mengikuti pelancaran buku Teknik Surah Yusuf tulisan Pengurusi PTS iaitu Puan Ainon Mohd. Panel yang hadir berkongsi pentas pada pelancaran buku itu tadi terdiri daripada penulis novel sejarah Islami iaitu Tuan Abdul Latip atau Pak Latip dan juga penulis buku "Diari Mat Despatch" iaitu Tuan Baharuddin Bekri.
Selain dari itu ramai juga rakan penulis lain yang dapat dijumpai pada majlis itu. Sudah seperti majlis perjumpaan penulis. Tetapi apa yang dapat saya lihat, peminat-peminat buku telah menyerbu banyak gerai buku terutamanya remaja-remaja. Jelaslah minat membaca sudah mula tumbuh dengan subur dalam diri masyarakat pada masa ini.
Di bawah ini adalah koleksi gambar yang disiarkan dari blog UNIVERSITI PTS. Gambar ini menunjukkan gambar peminat dan pencinta buku yang semakin subur dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang muda. Tahniah dan syabas.
Selamat berpesta untuk penggemar dan peminat buku di Pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC. Luaskan pandangan, luaskan fikiran, luaskan bacaan, selamat menjadi orang hebat. (^_^)v
2 comments:
pergi pesta buku hari pertama pon dah ramai org..sabtu ahad lg la ramai..sempat gak beli 2 buku :)
Cik Wan | Memang ramai hujung minggu lepas. Terpaksa tunda hari lain. Wah, 2 buku yang bertuah. :D
Post a Comment