Sebelum solat jumaat pada tengah hari sebentar tadi, saya ada mendengar satu siaran radio 24 mengenai analisis jenayah.
Kisahnya terjadi apabila seorang pramugari pulang ke rumah, beliau mendapati di dalam rumahnya ada seorang lelaki yang tidak dikenali.
Bila disoal, lelaki itu menjawab bahawa dirinya ialah pekerja maintenance di apartment tersebut.
Terkedu dengan kejelitaan si pramugari, lelaki yang menyamar sebagai pekerja maintenance memberikan nombor telefon miliknya kepadanya.
Namun, setelah lelaki yang menyamar beredar. Pramugari mendapati, beberapa barangan di dalam rumahnya telah hilang dan beliau mengesyaki lelaki itu telah mencuri barang-barang yang terdapat di dalam rumahnya.
Setelah berbincang dengan pihak polis, pramugari dan pihak polis merancang untuk menghubungi dan menjemputnya datang ke rumah.
Apabila masuk sahaja ke dalam rumah pramugari itu, lelaki yang menyamar itu telah ditahan oleh pihak polis kerana dipercayai telah melakukan kesalahan kecurian di rumah gadis si pramugari.
*Cinta pandang pertama boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, kita perlu bijak berfikir dan mengawal diri kita sebelum menerimanya. Sebelum membuat apa-apa tindakan termasuklah juga dalam pemilihan kawan, jurusan pengajian, lokasi universiti dan juga soal jodoh.
Fikirkan apa kesan yang akan diterima andainya kita mengambil sesuatu pilihan itu. Kerana, tidak semua perkara yang kita sukai itu baik untuk diri kita. Malah ada masanya perkara yang kita benci selama ini adalah merupakan kaedah ataupun cara yang terbaik untuk kita gunakan.
Kata Sayidina Ali, ''Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu satu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment