IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, March 2, 2011

Surat Cinta

Petang ini, semasa sedang membuat kerja ada satu kejadian yang menarik perhatian saya. Beberapa buah meja dari kedudukan saya berada ada seorang gadis yang sedang membuat kerja sekolahnya dengan tekun.

Sedang gadis ini membuat ulang kaji pelajaran muncul seorang lelaki datang dan menyerahkan satu kertas yang dilipat-lipat. Tekaan saya barang kali itu surat cinta. Andai surat tawaran kerja mungkin ada sampul yang dicetak Urusan Kerajaan ataupun apa sahaja yang berkaitan dengan kerja.

Saya terfikir, dengan zaman blog, facebook dan twitter ini. Surat cinta masih relevan lagikah?


Nota tangan : Saya pernah dinasihatkan dengan satu ayat, "Kejarlah cita-cita sebelum cinta. Insyallah cinta akan datang dengan sendirinya selepas kita mencapai cita-cita."


4 comments:

Anyss Han said...

totally agreed.. :)

alia harun said...

apakah reaksi pembaca tersebut?
tersenyum x lps bace?
kalu snyum.confirm surat cinta!
hehehehe..
sotuasinya di library kn?hehehe

Ariffuddin Sani said...

Anyss Han | Selamat mengejar cita-cita :D

Ariffuddin Sani said...

Alia Harun | Ya, betul. Lokasinya di perpustakaan. :D

ahmad din