IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, March 23, 2011

SPM 2010 : Tahniah Kepada Semua Calon


Tahniah kepada semua calon SPM 2010 yang telah mendapat keputusan SPM. Kepada bakal-bakal jurutera, doktor, pensyarah, penulis dan juga jutawan. Terimalah keputusan peperiksaan SPM ini dengan hati yang terbuka. Perjuangan masih belum selesai. Teruskan berusaha untuk mencapai impian!


Semoga semuanya berpuas hati dan bersyukur dengan keputusan yang telah diperolehi. Bagi yang berjaya, tahniah. Bagi yang belum berjaya, usaha perlu ditingkatkan lagi dan tetapkan matlamat hidup mulai dari hari ini.


Selepas ini semua perkara berkaitan dengan keputusan SPM perlu dilupakan dan dalam kata lain kita perlu buka buku baru. Perjalanan masih lagi jauh dan kejayaan hari ini tidak menentukan bahawa esok kita akan berjaya lagi. Malah yang belum berjaya pada hari ini juga bukanlah gagal sehingga tiada lagi harapan untuk berjaya.


Di sekolah dahulu, guru saya kerap berpesan, tidak perlu membuat semakan jawapan selepas keluar dari dewan peperiksaan. Kerana ia akan mengganggu konsentrasi kita untuk menjawab peperiksaan yang akan datang.


Kebanyakan tokoh-tokoh yang berjaya dalam hidup (berjaya dalam peperiksaan belum tentu berjaya dalam hidup) mereka telah gagal berkali-kali sebelum mendapat kemenangan.


Rasulullah (selawat) sendiri pernah dicemuh, dihina, dilemparkan dengan sampah malah pernah juga diancam bunuh semasa beliau mula berdakwah. Namun berkat kesabaran dan sikapnya yang tidak mengenal erti putus asa. Beliau terus berusaha secara berterusan dan konsisten bagi menyebarkan kebenaran. Kesannya pada hari ini di seluruh pulusuk bumi, Islam dapat disebarkan dengan luasnya.


Begitu juga dengan tokoh perniagaan yang dermawan iaitu Tan Sri Mokhtar Bukhary. Dalam satu seminar yang saya hadiri, orang terdekat Tan Sri Mokhtar Bukhary ini memberitahu beliau keluar ke pejabat pada awal pagi dan pulang ke rumah juga pada awal pagi. Dengan disiplin yang sedemikian tidak mustahil beliau kerap tersenarai sebagai antara tokoh bumiputera yang memiliki kekayaan dan juga seorang yang dermawan. Beliau memiliki kekayaan yang berjumlah RM 7.5 bilion dan mendapat kedudukan yang ke 459 di dalam dunia.


Untuk mendapat peluang mencipta kejayaan di dunia ini apa yang wajib dilakukan ialah disiplin sikap. Kita sudah ada banyak sejarah yang menunjukkan bahawa pelajar yang satu ketika dahulu cemerlang di sekolahnya. Kini berdepan dengan situasi yang tidak patut dilakukan oleh orang yang pintar. Seharusnya, gunakanlah kecerdikan yang dimiliki bagi mendorong kita untuk menjadi lebih cemerlang.


Kesimpulannya semua lepasan SPM pada masa ini perlu mula menetapkan impian dan arah perjalanan hidup. Anda adalah pemimpin masa depan. Anda yang akan membawa diri, agama dan negara ini ke lembah kehinaan atau ke puncak kejayaan.


Semoga selepas ini semua lepasan SPM tidak kira anda pelajar cemerlang atau pelajar yang ditangguhkan kejayaannya berusaha dengan gigih supaya mendapat kejayaan hidup dan mati dalam kejayaan.


Pensyarah saya pernah berpesan, Jangan letakkan nasib dan masa depan anda di atas sehelai kertas (sijil SPM,Diploma, Ijazah).


Buka mata, luaskan pandangan, luaskan fikiran dan jadilah orang yang berjiwa besar.

No comments:

ahmad din