Antara contoh-contoh orang yang bangkit dari kegagalan mereka adalah seperti Abraham lincon. Beliau adalah merupakan kapten yang pernah diturunkan pangkat semasa menjadi kapten di dalam tentera. Seterusnya beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat yang terkenal.
Malahan seorang guru kepada Thomas Edison pencipta lampu mentol juga pernah mengatakan bahawa beliau terlalu bodoh untuk belajar sesuatu. Namun demikian, sekiranya beliau tidak berusaha tanpa berputus asa. Kita mungkin akan bergelap pada malam hari.
Pokok pangkalnya kita harus terus berusaha dan jadikan kegagalan itu sebagai titik permulaan sebelum berjaya. Semoga semua keputusan yang telah diterima dijadikan sebagai pendorong untuk kejayaan yang berganda pada masa akan datang.
Saya memetik kata-kata seorang peguam yang berbunyi seperti ini, "Tidak diberi dugaan tanpa adanya kemampuan kita untuk menghadapinya." Oleh itu, teruslah berusaha dan jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kejayaan.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
* Terdapat lebih daripada sepuluh perkataan usaha dalam post kali ini. Tanpa usaha kita tidak akan perolehi apa yang kita mimpikan.
** Berdoalah selepas berusaha, gagal sekali bukan gagal selama-lamanya dan berjaya sekali bukan bererti kita akan terus berjaya tanpa sedikit usaha. Berdoa sesudah berusaha seumpama melengkapkan lagi usaha yang sudah kita lakukan.
No comments:
Post a Comment