IKLAN

Orang hebat!

Thursday, September 2, 2010

Malam Lailatul Qadar


Alhamdulillah hari ini kita dipanjangkan umur sekali lagi untuk menghirup udara di bumi ini.

Sekarang ini kita sudahpun berada di penghujung ramadan. Kebiasaannya apabila berada di hujung ramadan ini jalanraya dan kedai-kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman pasti penuh dengan orang ramai.

Mereka dan kita juga berpusu-pusu hendak membeli pakaian baru untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Tetapi adakah kita juga turut meraikan penghujung ramadan ini dengan mencari lailatul qadar?

Saya turut mengutarakan persoalan ini kepada diri saya juga. Kesibukan membuat kuih raya, membeli pakaian raya dan diperhebatkan lagi dengan dendangan lagu raya boleh membuatkan kita lalai dan leka untuk memburu malam seribu bulan itu.

Kekhilafan ini boleh menyebabkan kita kerugian kerana kita akan ketinggalan untuk mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Allah mengenai keistimewaan ramadan.

Konklusi, mari kita bangun dan berusaha agar kita boleh mencari dan menemuinya di dalam ramadan kali ini kerana kita masih belum pasti mungkinkah kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan ramadan pada tahun hadapan.

2 comments:

wan or sean said...

amin..insyaALLAH usahakan bgn wat tahajud hajat n tasbihat,,,

Ariffuddin Sani said...

ya, mari kita usahakan. Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi. :)

ahmad din