Membaca berita ini membuatkan seseorang mula bersuara tinggi, "Itulah, orang bukan Islam dilarang sama sekali masuk ke dalam masjid. Masjid khusus untuk orang Islam sahaja."Kata-katanya itu kemudian dipintas oleh seorang yang lain dengan mengatakan, "Jika hanya untuk orang Islam sahaja, bagaimana dahulu caranya Rasulullah menjalankan dakwahnya. Jika orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke masjid bagaimana mereka mahu belajar dengan lebih lanjut mengenai Islam. Kamu ini pula, bila kali terakhir kamu pergi bersolat di masjid?"Lelaki yang pertama itu diam sebelum berkata lanjut, "Jumaat lepas saya ada datang ke masjid untuk bersolat jumaat.""Jumaat lepas. Hari ini sudah hari khamis. Maksudnya dalam sebulan kamu hanya datang ke masjid sebanyak 4 kali sahaja dalam sebulan dan hanya 48 kali sahaja setahun. Dengan rekod kedatangan kamu yang corot itu bagaimana mungkin kamu hendak menghalang orang yang hendak mencari ilmu datang ke masjid."Akhirnya dengan mengambil kata-kata seorang bekas pengawas di sebuah sekolah bagi mematikan hujah lelaki yang kedua itu, "Kamu ini sungguh jijik dan keji."
Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi dan juga di sayangi. Janganlah kita terus menerus menghukum seseorang yang masih lagi tidak mempunyai ilmu. Ajar dan berikanlah mereka ilmu pengetahuan secara berhikmah supaya mereka lebih berwaspada dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi selepas ini.
Jika hanya memberikan hukuman, orang yang masih belum faham berkenaan Islam akan mellihat bahawa Islam ini adalah agama yang sangat suka menghukum umatnya dan menyusahkan. Sedangkan Islam bukanlah sedemikian rupa bentuknya.
Jika tidak orang yang menghukum orang yang bersalah dengan nafsu amarah akan membuatkan orang Islam itu sendiri akan menjauhkan dirinya daripada Islam dan sikap suka melenting ini akan membebankan Islam daripada disebarluaskan kepada seluruh umat.
Sekali lagi, ingin ditegaskan di sini supaya hukumlah dengan ilmu supaya dengan ilmu itu Islam tidak akan dipandang susah dan membebankan. Ingatlah, Islam itu untuk semua dan bukan hak milik mutlak orang arab mahupun juga orang melayu.
Akhir kalam, selamat hari puasa dan maaf zahir dan batin. (^_^)v
No comments:
Post a Comment