Beberapa tips jika mahu terus kekal mempunyai simpanan yang tinggi :
1. Tinggal di rumah biasa,
- Tidak perlu berpindah rumah jika rumah yang sedang kita diduduki sekarang ini masih lagi selesa dan selamat untuk didiami. Sekiranya perlu, gunakan lebihan wang yang ada untuk membeli rumah tambahan yang boleh disewakan.
2. Gunakan pengangkutan awam,
- Dengan menggunakan penggangkutan awam seperti LRT dan komuter, kita dapat menghindari kesesakan jalanraya yang sering menghantui warga bandar. Dalam masa yang sama kadar pencemaran udara juga dapat diturunkan dan kita sekaligus dapat menjimatkan duit minyak dan juga menjaga alam sekitar.
3. Membeli pakaian yang tidak berjenama,- Kebanyakan pakaian yang ada di gedung membeli belah kualitinya tidaklah seperti yang kita harap-harapkan. Tanpa disedari sesetengah pakaian yang kita bayar itu bukan disebabkan kerana kualitinya yang terbaik. Tetapi nilai yang dibayar itu adalah harga jenama pakaian tersebut dan bukan harga kualitinya.
4. Menggunting rambut sendiri di rumah,
- Sekiranya kita sudah berkahwin adalah lebih afdal jika kita meminta pertolongan daripada isteri kita untuk mengguntingkan rambut kita di rumah. Bantuan daripada isteri tersayang akan menjimatkan duit keluarga tanpa perlu membayar duit minyak untuk ke kedai menggunting rambut dan turut membayar upah menggunting rambut. Bagaimanapun, jika masih lagi belum mempunyai suri di rumah (seperti saya) bolehlah meminta bantuan daripada kawan ataupun adik untuk mengguntingkan rambut anda.
5. Memandu kenderaan biasa,
- Berbalik kepada bahagian kenderaan, suka saya nyatakan di sini bahawa kita harus ukur saiz tangki minyak di poket sendiri. Sekiranya kita sangat memerlukan penggunaan kenderaan yang sangat maksimum maka bolehlah kita memiliki kenderaan yang tahan lasak. Sebaliknya jika kenderaan hanya digunakan untuk penggunaan yang minimum dan tidak kerap penggunaannya, cukuplah sekadar dengan memiliki kenderaan yang menjimatkan seperti Kancil ataupun Viva.
6. Meniggalkan barangan mewah,
- Memiliki barangan mewah bukanlah penentu kepada kekayaan seseorang. terdapat golongan yang hidupnya bergelumang dengan barangan mewah. Contohnya seperti memiliki jet persendirian, memiliki rumah yang besar, memiliki isteri yang besar, dan kesemuanya besar-besar belaka dan juga mewah. Tetapi kemewahan yang dimiliki itu semua mempunyai nilai susut semenjak kita mula membelinya lagi. Oleh itu sekiranya hendak memiliki barangan mewah, saya amat mencadangkan supaya kita mengumpul emas contohnya dinar emas ataupun barangan kemas.
Kesimpulannya kita memiliki banyak cara untuk menjimatkan wang dan kita juga memiliki banyak langkah untuk kita menghabiskan wang. Sekian, selamat berpuasa dan menguruskan wang anda.
1 comment:
bile la nak jadi jutawan hehehe
Post a Comment