Alhamdulillah hari ini kita sudahpun berada di pertengahan bulan Ramadan.Beberapa hari yang lalu saya ada berterawih di sebuah masjid. Masjid yang cantik lagi indah hasil dari rekaaan arkitek yang dikurniakan ilmu dari Allah itu adalah antara masjid yang aktif dan juga kerap mengadakan majlis ilmu di dalamnya.Boleh dikatakan hampir setiap hari masjid akan diadakan kuliah yang akan membicarakan mengenai agama, akhlak, tauhid dan banyak ilmu-ilmu yang lainnya.Tetapi pada suatu hari, sebelum memulakan solat tarawih seorang jawatan kuasa masjid terlebih dahulu mengambil mikrofon dan memberikan sedikit peringatan dan juga ucapan.Dalam ucapannya beliau telah menegaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan masjid.
- Peringatan yang pertama ialah supaya ibu bapa mengawasi anak-anak mereka dan pastikan mereka tidak bermain mercun.
- Keduanya ialah kepada semua jemaah diingatkan supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
- Seterusnya ialah supaya semua kariah turut diminta menjelaskan zakat fitrah dengan segera dan tidak menanti sehingga hari-hari terakhir dikhuatiri akan terlupa.
- Peringatan yang paling besar ialah supaya kita jadikan ramadan tahun ini berbeza dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Peringatan-peringatan di atas ini telah disampaikan dengan jelas dan nyata. Oleh itu sebagai seorang muslim kita harus mengambil dan melaksanakan peringatan-peringatan ini.Cuma, apabila tiba pada ingatan supaya tidak membuang sampah merata-rata. Peringatan itu telah memperlihatkan bahawa kuliah dan penyampaian ilmu yang diajarkan oleh para ustaz masih lagi belum tersemat dan tertanam di dalam hati kita.Firman Allah di dalam surah al Baqarah ayat 222 berbunyi begini : "Sesungguhnya allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri".Sekian dahulu daripada saya. Semoga Allah memberikan kesihatan dan keteguhan iman kepada kita bagi menjalani kehidupan di dalam dan selepas ramadan ini, Insyallah.
Tips penulisan
Saturday, August 28, 2010
Peringatan Ramadan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment