Alhamdulillah pada siang hari, Mat Din telah selamat menyertai satu Bengkel Bahasa Melayu Tinggi anjuran Universiti Terbuka PTS. Mat Din bertolak keluar dari rumah pada jam 8.00 pagi. Tiba sahaja di Sekolah Al Ikhlas jam di tangan masih lagi menunjukkan waktu yang awal kerana kuliah hanya akan bermula pada jam 10.00 pagi.
Kemudian Mat Din dan rakan mula bergerak ke satu kedai untuk bersarapan pagi. Kedai ini terletak di hujung bangunan sebaris bangunan Sekolah Al Ikhlas ini. Antara makanan yang disajikan di sini ialah mee kari, laksa, nasi lemak dan aneka jenis makanan yang lain.
Selesai sahaja menghadam makanan dan minuman, kami mula beransur meninggalkan kedai makan itu dan terus mendaki tangga Sekolah Al Ikhlas. Tiba sahaja di bilik kuliah, kami duduk di kerusi yang telah siap disedikan dengan tersusun. Kami adalah antara empat orang yang terawal tiba di kuliah itu.
Tidak lama selepas itu kuliah Bahasa Melayu Tinggi bermula setelah jam menunjukkan jam 10.00 pagi. Kuliah disampaikan sendiri oleh Pengurusi PTS iaitu Puan Ainon. Kami semua yang hadir disumbatkan dengan ilmu yang amat berguna untuk menjalani kehidupan seharian dan juga sebagai penulis Insyallah. Dalam pada itu, pertanyaan-pertanyaan yang diutarakan turut menjelaskan lagi pemahaman kami sepanjang kuliah berlangsung.
Sebelum beredar pulang ke rumah, Tuan Imran, editor daripada PTS Islamika telah menyampaikan sedikit taklimat mengenai latar belakang PTS Islamika.Tidak lama selepas itu kuliah ini ditamatkan. Semua pelajar yang hadir beredar pulang dari kuliah yang sarat dengan ilmu untuk penulisan dan juga ilmu untuk menjalani kehidupan seharian ini.
Sekian dahulu, insyallah pada 18 dan 25 julai ini kuliah akan berlangsung sekali lagi dengan tajuk yang berbeza pula.
*Maklumat lanjut untuk kuliah Universiti Terbuka PTS boleh rujuk di sini. Sekiranya mahu memiliki bear yang sangat besar juga boleh rujuk di sini
2 comments:
gile besa teddy bear itu! :O
Cik Aishah : Ha...sama tinggi dengan kita dah. Sememangnya sangat besar.
Post a Comment