Novel Usahawan dan Roti Canai menarik minat pembaca cilik untuk mendalami ilmu perniagaan dan kesahawanan.
"Saya pernah menerima email dari seorang peminat buku Aisyah dan Roti Canai yang meminta resipi memasak roti canai,"kata penulisnya ketika ditemubual baru-baru ini.
Menurut beliau, ramai juga antara peminat cilik ini yang mengucapkan tahniah dan melahirkan rasa gembira dengan novel sebegini.
Ahmad Din atau nama sebenarnya Mohd Ariffuddin Mohd Sani berkata novel ini telah diilhamkan dari sebuah dokumentari berkaitan seorang kanak-kanak yang membantu keluarganya menebar roti canai.
"Dokumentari itu menarik kerana seorang anak kecil yang menebar roti canai. Mungkin kerana seorang kanak-kanak yang menebar roti canai ia akan lebih menarik lebih ramai pelanggan," jelas beliau.
Lantas hasil dokumentari itu telah menyebabkan beliau menghasilkan novel usahawan cilik : Aisyah dan Roti Canai ini.
Selain itu, Ahmad Din juga menyelitkan tips-tips simpanan dalam perniagaan.
"Di sini juga saya melatih pembaca cilik yang mahu menjadi usahawan. Terdapat cara untuk mereka membahagikan wang hasil perniagaan mereka untuk modal pusingan dan simpanan," jelas beliau lagi.
Bagi beliau, kanak-kanak dan remaja hari ini mempunyai idea yang hebat dan banyak tetapi mungkin sesetengah daripadanya lemah dalam pengurusan kewangan.
Novel Aisyah dan Roti Canai ini boleh menjadi rujukan untuk mereka dalam menguruskan kewangan mereka.
Ahmad Din yang baru menamatkan pengajiannya berkata zaman hari ini bukanlah zaman yang mudah untuk mencari kerja 'makan gaji'. Bagi beliau, mahasiswa harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang unik dan tidak bergantung kepada kerja 'makan gaji' sahaja.
Beliau yang mula menulis ketika masih dalam pengajian semakin bersemangat apabila novel pertama beliau mendapat sambutan.
"Walaupun tidak bekerja makan gaji namun dengan menulis juga kita boleh berjaya. Saya akan sambung belajar dan akan terus menulis," ujar beliau yang menjadikan Abdul Latip Talib sebagai idolanya.
Beliau juga sempat melahirkan ucapan terima kasih kepada PTS yang katanya banyak membantu penulis dalam menghasilkan karya yang bermutu selaras dengan matlamat PTS dalam memandaikan bangsa.
"Sikap PTS yang membantu penulis contohnya dengan mengadakan bengkel kepada penulis untuk melahirkan buku berkualiti menjadikan PTS semakin didekati oleh penggemar buku. Selain itu editor PTS yang ramah dan melayan penulis sebaik mungkin juga menyebabkan penulis senang bersama PTS.
p.s. Sumber berita adalah dari sini.
p.p.s. Jangan lupa sertai peraduan mengulas buku PTS di sini.
p.p.p.s. Bear besar di sini
^_^
No comments:
Post a Comment