IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, June 30, 2010

Usahawan Cilik

Assalamualaikum dan dalam sejahtera. Hari ini Mat Din hendak bercerita serba sedikit mengenai apa itu Usahawan Cilik.

Pernahkah Tuan mendengar perkataan Usahawan Cilik? Tahukah tuan apa itu Usahawan Cilik? Usahawan Cilik adalah satu siri buku keusahawanan yang telah diterbitkan oleh PTS bertujuan untuk memupuk minat berniaga atau menjalankan aktiviti bisnes seawal usia remaja lagi. Maknanya untuk memberitahu dan berkongsi bagaimana caranya untuk mempunyai bisnes sendiri :)

Pada masa ini beberapa buah buku di bawah katergori usahawan cilik telah berada di kebanyakan kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. Buku Aisyah & Roti Canai juga adalah termasuk di bawah kategori Usahawan Cilik. Maaf terpromosi buku sendiri. ^_^

Siri Usahawan Cilik ini juga dibangunkan untuk melahirkan minat untuk menjadi usahawan yang telah menjadi sunnah Muhammad Bin Abdullah. Orang yang cinta dan kasih kepada Rasulullah akan mengamalkan sunnahnya. Selanjutnya, zaman ini sebenarnya adalah zaman untuk mencipta peluang pekerjaan dan bukannya zaman untuk mencari kerja.

Dalam masa yang sama siri Usahawan Cilik ini diharapkan dapat dijadikan sebagai batu asas untuk semua remaja supaya mereka memiliki minat untuk menjadi bos dan seterusnya dapat memberikan peluang pekerjaan kepada orang lain. 9/10 punca rezeki datangnya adalah daripada perniagaan.

Untuk mengenali apa itu Usahawan Cilik, dijemput membaca artikel di sini


*Sedang menyiapkan sebuah manuskrip dengan tangan yang mengigil kerana sudah terlalu lewat dari masa yang ditetapkan. Maafkan saya Cik Shiela.

No comments:

ahmad din