Apa itu angan-angan? Angan-angan adalah satu bayangan yang setiap orang suka lakukan. Tidak kira muda atau tua, remaja atau dewasa. Sebagai contoh mari kita mula berangan-angan untuk berkahwin lagi 6 bulan dari sekarang.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Cuba beritahu kepada kami. Apakah yang terbayang di fikiran kita. Sudah pasti kita terbayangkan bagaimanakah majlis itu akan berlangsung. Berapa ramaikah jemputan yang hendak dijemput dan apakah hidangan yang hendak disajikan kepada para tetamu. Yang paling penting, dengan siapa kita akan berkahwin.
^_^
Walaupun demikian, angan-angan masih lagi dianggap sebagai satu perkara yang membuang masa dan tidak relevan. Kita masih lagi terikat dengan kata-kata 'angan-angan Mat Jenin'. Berdasarkan kajian pakar, orang yang selalu berangan adalah lebih berjaya dalam hidupnya berbanding orang yang takut untuk berangan-angan. Selain daripada itu, orang yang tidak banyak berangan-angan ini juga akan mengalami sindrom mudah putus asa.
Bilakah masa yang sesuai untuk kita memasang angan-angan? Masa yang sangat sesuai ada seawal usia remaja. Kerana semakin awal mereka berangan-angan, maka mereka dapat membuat perancangan untuk mencapai angan-angan itu dengan lebih cepat.
Bagaimana caranya untuk kita memasang angan-angan? Seringkali jika di sekolah guru-guru akan bertanya kepada anak muridnya. "Apa cita-cita kamu?" Maka jawapan yang pasti akan diberikan kebanyakannya adalah sebegini. "Doktor, jurutera, juruterbang, angkasawan dan bermacam lagi jenis pekerjaan." Apa kata jika selepas ini soalan yang lain diutarakan kepada pelajar seperti contoh. "Kamu mahu berbisnes apa nanti?", "Kamu hendak melancong ke negara mana?".
Soalan-soalan seperti ini akan membuka lagi minda mereka untuk melihat dunia ini dengan lebih luas dan tidak hanya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, jurutera, dan angkasawan SAHAJA. Cita-cita harus dipelbagaikan.
Akhirnya marilah kita memasang angan-angan yang positif. Supaya hidup kita ini tidak terikat hanya dengan satu cita-cita. Jika kita hanya memiliki hanya satu cita-cita. Apabila kita tidak dapat mencapainya, pasti satu kekecewaan yang sangat besar atau putus asa akan bersarang dalam hati kita ini.
Berangan-anganlah perkara yang positif dan yang mendatangkan kebaikan kepada diri, keluarga dan juga agama. Sekian renung-renungkan.
^_^
p/s : Saya mahu memiliki beberapa buah cawangan hotel dan kebun sayuran yang luas serta restoran yang menyediakan aneka juadah makanan yang pelbagai. Terutamanya harus ada nasi kerabu, roti canai dan jus buah. :p
2 comments:
saya inginkan sebuah keluarga bahagia dan isteri serta anak-anak bermain di laman banglo mewah saya. :D
Alhamdulillah, sangat baik angan-angan itu. :)
Post a Comment