IKLAN

Orang hebat!

Friday, July 30, 2010

Imam Muda Asyraf Imam Muda Unggul

Tahniah, Imam Muda Asyraf sebagai Imam Muda Unggul. Alhamdulillah, sudah ada contoh dan ikutan yang terbaik untuk semua orang terutamanya remaja.

Alhamdulillah, sekarang para remaja dan saya juga sudah mempunyai ikon dan contoh yang boleh dijadikan ikutan.
Sebenarnya, punca kebanyakan remaja yang mengalami situasi kecelaruan identiti sehingga melakukan perkara yang melanggar tatasusila sebagai seorang insan dan juga Islam mungkin disebabkan kita sudah ketandusan ikon yang boleh dijadikan contoh ikutan.
Oleh itu dengan adanya program Imam Muda ini, kita para remaja boleh mengambil mereka untuk menjadi contoh ikutan kita.
Akhlak, sahsiah, dan peribadi yang ditunjukkan oleh Imam Muda Moden ini insyallah akan mengubah pandangan orang awam terhadap para remaja.
Kepada semua para remaja termasuk diri saya sendiri, mari kita jadikan mereka ini sebagai salah satu contoh dan ikutan kepada diri kita.
Dan yang lebih penting, jadikanlah Rasulullah sebagai idola kita dan bukannya ronaldo mahupun juga jenifer lopez.

2 comments:

sean90wan said...

alhamdullilah........
tahniah..moga berbakti pada ngara

ahmad din said...

INsyallah. Mereka sudah berjaya, kita bila lagi. :)

ahmad din