Assalamualaikum.Pada malam jumaat yang mulia ini satu lagi peristiwa bersejarah akan terukir dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia. Selaras dengan tema Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Berita Malaysia Kini telah memberi maklum bahawa Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan harga barang berkuat kuasa pada tengah malam ini (16 Julai 2010).Perdana Menteri telah mengatakan bahawa keputusan pelarasan semula harga subsidi sehingga menaikkan harga barang ini adalah supaya Malaysia menjadi negara yang berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat.Oleh sebab itu demi kesejateraan semua saya hendak mencadangkan beberapa bentuk penjimatan yang boleh kita lakukan.1. Katakan tak nak pada Rokok : Pasti ramai yang tidak setuju dengan ayat di sebelah ini (maaf jika ada yang tersinggung). Tetapi apa yang boleh dikatakan lagi. Sememangnya merokok ini tidak mendatangkan faedah dan wang langsung. :)2. Berbudi kepada tanah : Bagi menjimatkan wang dapur, apa kata sekiranya mulai dari sekarang kita mulakan aktiviti berkebun dengan menanam sayuran dan ulaman. Dengan menanam sendiri sayuran di rumah. Kita dapat menjimatkan perbelanjaan dapur untuk sayuran. Sekaligus dapat menjimatkan minyak petrol untuk ke pasar disamping dapat mengeluarkan peluh semasa bercucuk tanam.3. Merancang sebelum memulakan perjalanan : Pastikan kita sudah tahu ke mana arah tuju tempat yang dihajatkan. Hal ini adalah supaya kita tidak sesat dan menghabiskan minyak untuk mencari jalan yang benar. Mahu lebih senang gunakan kemudahan goolge maps (selalu saya gunakan, he he).4. Kurangkan berbual kosong di telefon : Gunakan telefon hanya apabila ada urusan yang penting sahaja. Sekiranya boleh janganlah kita bergayut dengan telefon, bergayutlah di taman permainan ataupun di ZOO.5. Bawa bekal ke sekolah/pejabat/universiti : Jika di negara matahari terbit mereka mengamalkan membawa bento dari rumah. Bento ini adalah bekalan makanan untuk suami yang bekerja dan anak-anak yang bersekolah. Jadi apa kata sekiranya kita mengamalkan pula membawa bekal dari rumah. Menu yang dicadangkan pula ialah roti sardin, mee goreng, nasi goreng, nasi ayam, nasi kerabu dan beraneka juadah yang lain.6. Gunakan pengangkutan awam dengan kerap : Jika masuk ke bandar dengan menaiki kereta sendiri pasti banyak kos yang akan terbit. Pertamanya minyak petrol, keduanya bayaran meletak kenderaan, ketiganya bayaran tol yang sentiasa bersedia untuk menadah tangan untuk menerima wang kita secara paksa rela. Sebaik-baiknya gunalah pengangkutan awam seperti bas, LRT, Monorel ataupun motosikal. Lebih praktikal, mudah dan yang paling penting jimat.Selain daripada berjimat cermat amalan mulia. Carilah sumber pendapatan yang lain bagi menampung perbelanjaan yang lain. Sekian, marilah kita berjimat kerana sekiranya kita membazir itu adalah amalan iblis laknatullah.^_^
Tips penulisan
Thursday, July 15, 2010
Harga Barang Naik : Tips Jimat Wang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
menarik.
tips laen aku rase,
MENABUNG.bukan dak skolah je kene menabung.yang dh bekerja pun perlu menabung.(tips menabung:gunakan duit kertas sahaja setiap hari,syiling tu masuk dlm tabung) :D
Mr Roti Kacang : Ya betul. Tepat sekali. Apa guna jika pendapatan lima ribu tapi perbelanjaan hampir sepuluh ribu.
Sedangkan jutawan juga menabung. :)
Post a Comment