IKLAN

Orang hebat!

Monday, June 28, 2010

Pesta Buku Selangor 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa aktiviti pada hujung minggu lepas? Mat Din dan adik berkesempatan untuk singgah di Pesta Buku Selangor 2010 di PKNS Shah Alam. Ini adalah Pesta Buku Selangor yang pertama kali Mat Din berjaya datang. :)

Untuk pengetahuan semua, pesta buku yang bermula dari 25 jun sehingga 5 julai 2010 ini turut dimeriahkan dengan kehadiran DYMM Sultan Selangor diiringi Menteri Besar Selangor.

Selepas berada di PKNS Mat Din bergerak menuju ke SACC Mall. Di sana terdapat sebuah kedai buku milik MPH di tingkat atas. Walaupun memiliki ruang yang kecil tetapi setiap ruang dipadatkan dengan buku-buku dan bahan bacaan yang lain. Buku Aisyah & Roti Canai cetakan kedua sudahpun berada di rak buku MPH, SACC Mall ini.
^_^

Pulang dari Shah Alam kami singgah solat zohor di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya. Dahulu Mat Din kerap singgah di Masjid ini semasa membuat kerja sambilan di salah sebuah syarikat di sini. Sekolah yang bersebelahan dengan masjid ini juga pernah menjadi tempat adik-adik Mat Din mengenal huruf dan ayat serta menjadi insan.
:)

Selesai solat kami berdua bergerak ke Sunway Piramid berkunjung ke Popular di sana. Keadaan di dalam Popular ini lebih sesak dari keseksakan di Lebuhraya Persekutuan. Hendak membayar harga buku sahaja harus beratur seperti membayar tol. Tapi kesesakan ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia minat membaca dan bukan seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.


Mat Din pulang ke rumah berserta dengan dua buah buku iaitu Tips jana Wang Dari Rumah dan Mengapa Bisnes Gulung Tikar. Buku-buku ini akan dijadikan rujukan untuk tulisan yang akan datang insyallah. Mohon doa dari semua.
^_^

No comments:

ahmad din