IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, February 24, 2010

Rakyat Malaysia tidak minat membaca?


Assalamualaikum kepada pembaca blogmatdin.blogspot. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melawat dan singgah menziarah di blog yang masih hijau ini. Semoga petang ini kita akan terus dilimpahkan rahmat dari Allah dan semoga kita sentiasa ceria. Tajuk kita pada petang ini adalah mengenai tinjauan yang dibuat oleh sebuah akhbar harian mengenai budaya membaca rakyat Malaysia.



Menurut siaran akhbar itu, mereka telah membuat tinjauan di sekitar kawasan tumpuan orang ramai di Lembah Kelang. Dapatan hasil daripada tinjauan itu mereka telah membuat satu kesimpulan yang berbunyi "...mereka (rakyat Malaysia) tidak suka buku". Jika dilihat dari sudut yang positif, kesimpulan yang telah dibuat oleh wartawan akhbar itu mungkin bertujuan supaya rakyat Malaysia ini membaca lebih banyak buku.



Tetapi, dari perspektif yang berbeza saya dapati. Rakyat Malaysia bukannya tidak suka buku seperti kenyataan yang dibuat oleh akhbat itu. Cuma pembudayaan membaca buku diluar daripada kebiasaan itu sebenarnya yang yang menjadi sebab timbulnya satu kesimpulan seperti di atas. Kebiasaanya orang hanya membaca buku di rumah, perpustakaan, dan di sekolah.



Oleh sebab itu beberapa orang rakyat Malaysia yang suka kepada buku telah memulakan satu usaha murni ini seperti BACA@LRT. Kumpulan ini telah berjaya memulakan budaya menggalakkan rakyat Malaysia supaya membaca diluar dari kebiasaan. Mereka berjaya menjadi perintis dalam memulakan budaya membaca di dalam LRT di Malaysia.



Hasil daripada kejayaan itu, pada masa ini telah muncul satu lagi kumpulan yang mengikut jejak langkah kumpulan BACA@LRT ini. Kumpulan itu adalah gerakan BACA@KOMUTER. Mari kita ucapkan tahniah kepada mereka yang telah memulakan usaha untuk menggalakkan RAKYAT MALAYSIA SUKA KEPADA BUKU.









No comments:

ahmad din