Assalamualaikum dan selamat hari jumaat. Pada pagi jumaat yang mulia ini diharapkan agar kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dimudahkan untuk melakukan ibadah. Sebentar lagi mahu pergi berziarah keluarga di Tikam Batu, Sungai Petani. Insyallah, hari ini akan bersolat jumaat di sana.
Bercerita mengenai hari jumaat. Bagi semua lelaki yang beragama Islam yang sudah baligh dan berakal juga bermukim, tidak uzur dan merdeka. Kita diwajibkan untuk menunaikan sojat jumaat secara berjemaah.

"Apa syarat-syarat sah solat Jumaat?"
Solat jumaat ini hanya sah dilakukan secara berjemaah. Selain itu ia juga perlulah dilakukan di dalam waktu zohor. Tambahan daripada itu, kita juga perlu melakukan solat jumaat di tempat yang telah ditetapkan (masjid). Tetapi sebelum memulakan solat jumaat, kita terlebih dahulu perlu mendengar dua ucapan khutbah daripada Khatib atau Imam.
Kepada semua muslim yang merasakan dengan yakin dirinya ialah lelaki. Marilah kita pergi menunaikan solat jumaat. Jika tidak pasti kita akan menerima kemurkaan daripada ALLAH.
p/s : orang gagal mencari alasan, orang berjaya memberikan hasil.

No comments:
Post a Comment