IKLAN

Orang hebat!

Monday, February 8, 2010

pesanan





Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan rezeki yang halal, insyallah. Alhamdulillah, kita masih lagi diizinkan untuk bernafas pada hari ini.

Hari ini cuaca di Kedah masih lagi kering dan terpaksa membasahkan tekak dengan jus limau RM1.50, bersama dengan sekeping apam balik RM0.40. Jumlah keseluruhannya ialah RM 1.90.

Baiklah,petang tadi saya telah melihat-lihat buku yang telah dibeli dan dihadiahkan semasa
Program Riuh-Riuh PTS Pro. Kemudiannya saya membelek dan membaca buku kecil yang dicetak tajuknya Tip-Tip Untuk Pemimpin.

Buku kecil ini sangai sesuai untuk dijadikan bacaan panduan kepada kita semua yang bakal bergelar pemimpin untuk diri sendiri, keluarga, sekolah, persatuan, negeri dan seterusnya. Di bawah ini saya kongsikan petikan ayat yang terdapat di dalam naskah buku itu.


Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, "Ada tujuh kategori manusia yang mendapat naungan daripada Allah pada Hari Kiamat.
  1. Mereka adalah pemimpin yang adil,
  2. pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah,
  3. orang yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid,
  4. dua individu yang saling kasih mengasihi, berkumpul dan berpisah kerana Allah,
  5. lelaki yang dipikat oleh wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata, 'Percayalah, saya takut kepada Allah,'
  6. orang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan
  7. orang yang ingat pada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya."

-Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.-

Adakah kita turut tergolong diantara 7 golongan diatas?









No comments:

ahmad din