IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, February 3, 2010

Usahawan Cilik

Usahawan cilik adalah siri novel fiksyen bisnes dan keusahawanan untuk remaja. Siri novel ini dibina untuk memupuk semangat untuk menjadi usahawan di dalam diri setiap pembacanya. Kebiasaannya orang ramai hanya bertanya soalan "Sudah besar nanti kamu hendak kerja apa?", "Nanti hendak kerja dengan syarikat apa?". Soalan-soalan seperti itu telah menjadi kelaziman untuk ditanya kepada orang muda. Kesannya, besar kemungkinan pemikiran anak muda itu nanti akan berkisar hanya kepada kerja makan gaji sahaja dan tidak menjadi usahawan.


Atas dasar itu, siri novel Usahawan Cilik telah direalisasikan untuk membantu orang muda. Sebagai seorang penulis saya mengharap agar sedikit sebanyak dengan terhasilnya siri novel Usahawan Cilik ini akan melahirkan beberapa nama besar dalam bidang usahawan dan bisnes pada masa depan. Insyallah BOLEH. Selepas itu, soalan-soalan yang akan ditanya pula diharapkan akan berbunyi seperti ini. "Sudah besar nanti kamu hendak berniaga apa?", "Selepas ini hendak buka bisnes apa pula?".



Di bawah ini adalah senarai novel untuk siri Usahawan Cilik yang telah masuk senarai ulang cetak untuk Januari 2010. Tahniah diucapkan kepada penulis dan pembacanya. Kepada pembaca siri Usahawan Cilik, pastikan kita mempunyai azam untuk menjadi usahawan dan mempunyai satu bisnes yang dapat dikeluarkan ZAKAT. Insyallah BOLEH.


· Usahawan Cilik: Biskut Ajaib

· Usahawan Cilik: Abang, Adik Dan Ayam

· Usahawan Cilik: Taman Botani Harapan




No comments:

ahmad din