(berselawat penuh apabila bertemu dengan perkataan Nabi Muhammad)
Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pemimpin agong telah dilahirkan pada 12 Rabiul Awal. Pada setiap tanggal 12 Rabiul Awal setiap tahun juga umat Islam akan memperdengarkan ceramah dan kuliah mengenai sirah perjalanan Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad sangat mementingkan umatnya, bahkan apabila makaikat maut hendak mencabut nyawanya, Nabi Muhammad masih lagi bertanyakan mengenai umatnya. Oleh itu sebagai umatnya kita harus sentiasa mengingati Nabi Muhammad dengan melazimkan selawat kepadanya.
Tetapi bagaimana pula kecintaan kita kepada Nabi Muhammad. Adakah wujud cinta kita kepadanya. Sekiranya kita menjawab "Ya, aku cintakan Rasulullah." Bagaimanakah pula kita melahirkan rasa cinta kita kepadanya. Adakah kita sentiasa mengigatinya, adakah kita sering merinduinya, atau hanya pada tanggal 12 Rabiulawal sahaja kita menggigatinya.
Oleh yang demikian sebagai umat Nabi Muhammad, kita seharusnya sentiasa mengigati baginda dengan berselawat kepadanya. Selain daripada itu kita juga boleh mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian kita.
Antara sunnah baginda yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian ialah :

- Mengamalkan solat tahajud.
- Membaca al-Quran sebelum terbit matahari.
- Sering datang mengimarahkan masjid.
- Memelihara solat dhuha kerana ia adalah kunci kepada pintu rezeki.
- Sentiasa bersedekah setiap hari.
- Pelihara diri agar sentiasa dalam keadaan berwuduk (bersih dan suci).
- Membasahkan lidah dengan membanyakkan istigfar pada setiap masa.
No comments:
Post a Comment