IKLAN

Orang hebat!

Sunday, February 21, 2010

Pembelian buku.

Pada hujung januari yang lepas saya telah cuba untuk membuat pembelian beberapa buah buku daripada penerbit buku Aisyah dan Roti Canai iaitu PTS Publications. Antara buku yang telah saya beli ialah:
  1. Ilmu pengaruh : Bukan jampi tetapi seni (Syahrul Nizam Junaini)
  2. Sembuhkan virus bisnes (Md. Ali Berahim)
  3. Buat duit dengan pasar malam (Johar Seman)
  4. The Psychology of Selling (Psikologi Menjual)
  5. Law of Attraction (Michael J. Losier)
  6. Kamus peribahasa kontemporari edisi kedua ( Ainon Mohd, Abdullah Hassan)

Alhamdulillah, kesemua buku yang dipesan telah selamat diterima. Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada Cik Nor Shawany Ahmad Radzi. Beliau telah banyak memudahkan saya untuk mendapatkan buku-buju yang dibeli itu.

Di bawah ini dilampirkan gambar buku yang telah saya beli dan harus juga dimiliki oleh kita semua. Jom beli dan baca buku banyak-banyak.

Buat Duit Dengan Pasar Malam (untuk mencari idea bisnes)


Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni (untuk mempengaruhi orang ramai ;))


Psikologi Menjual (untuk melariskan jualan)

Hukum Tarikan (...)

Kamus peribahasa kontemporari. (buku yang diberikan cd percuma)

p/s : Buku Sembuhkan Virus Bisnes tertinggal di rumah. Gambarnya lupa diambil.











5 comments:

Aishah Malik said...

sy x jumpa pun lagi buku la tahzan.....

Ariffuddin Sani said...

ha, tadi saya pergi ke Popular Alor Setar. Ada bukunya La Tahzan. :)

syahrulnizam said...

Terima kasih kerana sudah memiliki buku tulisan saya, Ilmu Pengaruh. Dapatkan tandatangan saya pada 20 Mac 2-3pm di booth PTS. :)

Ariffuddin Sani said...

Sama-sama Tuan Syahrul. Buku yang hebat mustahil untuk tidak dimiliki. :)

Anonymous said...

Alhamdulillah Tuan Ahmad Din.

Saya berbesar hati dapat membantu tuan.

Sekiranya ada apa-apa jangan lupa hubungi saya.

Terima kasih kerana menulis nama saya di blog tuan ini.

:D

ahmad din