IKLAN

Orang hebat!

Tuesday, February 23, 2010

Mencari makna hidup, Muhammad Ali.

Semalam saya telah meluangkan masa pada waktu petang untuk pergi ke Alor Setar. Di sana saya telah pergi ke Popular Alor Setar dan pulang dengan dua buah buku. Salah satu buku itu bertajuk MENCARI MAKNA HIDUP yang ditulis oleh Perlindungan Marpaung. Di bawah ini saya kongsikan sedikit sebahagian isi kandungan yang terdapat di dalam buku itu.

Muhammad Ali adalah seorang peninju yang telah mengapai satu saat yang gemilang pada zamannya dahulu. Sehingga pada satu masa Muhammad Ali digelar dengan gelaran 'Ali yang terhebat' (Ali the Greates) Tetapi kini beliau sedang berjuang dengan penyakit Parkinson yang dihadapinya.Justify Full
Pada suatu hari Ali telah pergi ke tempat yang kotor dan di sana terdapat ramai pengemis. Tempat itu terletak di daerah Harlem, New York. Sedang Ali berjalan-jalan bersama dengan para wartawan dan pengiringnya. Ali berhenti dan bertemu dengan seorang pengemis yang meminta sedekah daripadanya. Ali membongkok dan berbual-bual dengan pengemis itu. Setelah memberikan wang, Ali kemudiannya beredar dari daerah yang kotor itu.

Dalam pada itu terdapat seorang wartawan yang melihat perlakuan Ali itu dan wartawan itu kemudiannya pergi mendekati pengemis itu. Beliau mahu mengetahui apa pendapat pengemis itu dengan gelaran 'Ali yang terhebat'.

"Ali memang hebat dan beliau sangat baik!"
"Adakah kerana jumlah wang yang diberikan?"
"Bukan, Ali hanya bertanya mengapa saya terdampar di sini sebagai pengemis. Lalu saya ceritakan jalan hidup saya yang menderita ini. Semasa saya menceritakan kisah hidup saya, saya melihat mata Ali berkaca-kaca dan ada air mata bergenang pada pelupuk matanya. Beliau memang hebat. Sewaktu saya menangis di hadapannya, dia menangis untuk saya."


Muhammad Ali dilahirkan pada 17 januari 1942

Kebesaran hati seseorang itu tidak dapat diukur dengan saiz badannya ataupun kekuatan yang dimilikinya. Tetapi ia boleh dilihat dengan kesanggupan dan keikhlasan seseorang itu untuk bersama-sama berkongsi kasih sayang dan mengambil berat terhadap penderitaan orang lain.

p/s : Buku Aisyah dan Roti Canai sudah ada di Popular Alor Setar. ;)





2 comments:

Cik Ecah said...

ingatkan nak cerita pasal orang gari semalam... :P

ahmad din said...

Kasihan tengok orang yang bergari semalam. Tangan digari di belakang. Seksa sungguh. :P

ahmad din