IKLAN

Orang hebat!

Thursday, February 18, 2010

Membaca dan berjaya.



Assalamualaikum dan salam sejahera. Hari ini kita baca tentang 'membaca'.

Membaca adalah satu amalan baik yang perlu diamalkan. Amalan membaca ini boleh dibuat tanpa mengira tempat. Sama ada di LRT, di kaki lima, dan di mana-mana tempat yang mengizinkan.

Kita semua mengetahui apa kepentingan dan keuntungan yang kita boleh dapat dengan membaca. Antaranya ialah kita akan mendapat ilmu yang baru, seperti mengetahui budaya, tingkah laku dan adat di sesuatu tempat. Dalam pada itu, kita juga boleh mencuri dan mengaplikasikan sesuatu tabiat yang diamalkan oleh mereka yang telah berjaya.

Baik sekarang bacaan bagaimana yang perlu diambil untuk dibaca? Sebagai permulaan jika hendak memupuk minat membaca agat menjadi tabiat yang tidak boleh ditinggalkan. Kita boleh mulakan dengan membaca komik-komik dan majalah. Komik dan majalah yang dimaksudkan adalah seperti Komik-M.

Di dalam blog Puan Ainon, seorang adik yang baru berumur 5 tahun dan sudah boleh membaca komik keluaran PTS. Perkara ini sangat mengembirakan ayahnya. Komik-M ini adalah komik yang mengandungi bahasa yang baik iaitu Bahasa Melayu Tinggi serta tidak melanggar syariah, insyallah.

Rajinkan diri untuk membaca, dan elakkan dari

Saya cadangkan untuk baca buku Aisyah dan Roti Canai.







No comments:

ahmad din