Dulu-dulu, pada zaman saya bersekolah menengah saya sudah mula kenal bazar ramadan. Pada masa yang sama juga saya telah jatuh hati dengan kebab di bazar ramadan. Akibatnya, boleh dikatakan hampir setiap hari berpuasa saya akan pergi ke bazar ramadan dan membeli kebab (gulp!).
Kebab yang dibeli pada waktu petang itu akan dipanaskan selepas saya balik berterawih di surau. Kebab itu ada ayam, sos cili, mayonis, timun, dan bawang (ini saya kurang pasti). Semuanya ditempatkan di dalam roti pita ataupun roti 'hot dog'. Pulang dari terawih selesaikan dulu kebab yang sedang menanti saya untuk dihadamkan.
Tabiat saya membeli kebab ini berterusan selama beberapa tahun. Namun semenjak saya belajar di Jitra. Setiap kali pergi ke bazar ramadan. Agak sukar untuk saya jumpa peniaga yang menjual kebab.
Oleh itu, mulai tahun ini saya bercita-cita untuk tidak menjejakkan kaki ke bazar ramadan seperti tahun-tahun yang lalu. Alhamdulillah setakat ini saya belum lagi melangkah ke bazar ramadan. Hanya melintasi sahaja.
Bagi yang mahu pergi ke bazar ramadan. Saya ada beberapa nasihat, pesanan ringkas ataupun boleh dipangil peringatan!
- Sebelum membeli sebarang lauk misalnya ayam goreng atau ayam percik pastikan tiada telur lalat. Makanan yang terdedah berpotensi besar untuk membenarkan lalat bertelur.
- Bawa wang yang mencukupi sahaja ke bazar ramadan. Jika tidak, risiko untuk kita berbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Satu kajian yang dijalankan mendapati, perut yang kosong akan meningkatkan nafsu membeli pada tahap yang tinggi.
- Jaga dompet dan barang-barang yang berharga daripada menjadi sasaran penyeluk dompet.
- Bawa duit lebih untuk didermakan kepada orang yang memerlukan di bazar ramadan.
Sekian, berjimat-jimat semasa berbelanja dan banyakkan menderma di bulan ramadan. (^_^)b
2 comments:
kat kuching, susah nak cari bazar ramadhan... jd, byk mkn masakan rumah saja..
selamat berpuasa..
peace
Lagi bagus sebenarnya. Masak di rumah lebih bersih dan suci. :D
Selamat berpuasa, maaf zahir dan batin.
Post a Comment