IKLAN

Orang hebat!

Sunday, July 31, 2011

Ramadan Pesta Ibadah

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Alhamdulillah, dengan izin allah kita diberi peluang sekali lagi untuk berjumpa dan menikmati ramadan pada tahun ini. Moga-moga kita dapat meraikan pesta ibadah di dalam bulan ramadan kali ini dengan dimeriahkan dengan beramai-ramai ke masjid mendirikan solat tarawih.


Sebenarnya solat sunat Tarawih adalah antara aktiviti yang paling unik. Ia menjadi unik kerana solat sunat Tarawih hanya boleh dilakukan di dalam bulan ramadan sahaja. Solat tarawih hanya boleh didirikan selepas kita berjaya menunaikan solat Isyak. Jika kita tidak berjaya menunaikan solat isya' (wajib) itu menunjukkan kita masih lagi belum layak untuk pergi ke peringkat seterusnya iaitu solat tarawih (sunat muakkad).


Dalam pada itu, apabila kita berpuasa. Pastinya kita memikirkan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan pada bulan Ramadan ini. Oleh itu saya cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan supaya masa kita terisi dengan perkara yang bermanfaat.


  1. Bertadarus Al-Quran
  2. Melewatkan sahur
  3. Meningkatkan aktiviti bersedekah
  4. Menghidupkan malam dengan Qiamulail
  5. Mencari malam Laila al-Qadar

Apabila menyebut mencari malam lailatul qadar ini. Aktiviti pencariannya harus dimulakan semenjak hari pertama ramadan lagi. Walaupun ada hujah mengatakan yang malam Lailatul Qadar itu berlaku pada sepuluh malam terakhir. Kita perlu lebih awal bersedia dan mempersiapkan diri.


Sama seperti peperiksaan akhir tahun. Meskipun peperiksaan akhir tahun berlangsung pada hujung tahun. Kita sebaik-baiknya digalakkan supaya bersedia lebih awal. Misalnya kita membuat semua soalan-soalan peperiksaan pada tahun-tahun yang lepas, memperkemaskan kembali peta minda dan sentiasa membuat perbincangan bersama dengan rakan-rakan dan juga guru.

Sekian, saya Ahmad Din mengucapkan selamat menyambut ramadan dan semoga iman dan amal kita semakin bertambah baik daripada tahun-tahun yang lalu. Semoga tuhan memberikan kita kesihatan yang terbaik dan rezeki yang berkat di sepanjang bulan ramadan ini dan berterusan pada bulan-bulan yang akan datang, insyallah.

Selamat berpuasa! (^_^)b



Rujukan tambahan :

Kesilapan Muslim di Sepanjang Ramadan

2 comments:

F said...

slmt berpuasa awk :)

Ariffuddin Sani said...

Selamat berpuasa juga Cik Wan. :)

ahmad din