Bermula dari sekolah tadika, saya telah mula didik oleh guru tadika. Apa yang saya masih ingat sewaktu belajar di tadika dulu ialah vitamin dan bubur nasi yang dimasak oleh guru saya. Masih terbayang-bayang hingga ke saat ini.
Masuk sahaja ke darjah satu. Zaman itu saya menyertai kelas komputer dengan menggunakan disket yang bersaiz satu jengkal. Guru-guru saya pada masa itu kebanyakannya adalah guru-guru yang muda dan sentiasa agresif dan bermotivasi semasa berada di dalam kelas pada waktu mengajar kami.
Selepas itu saya mula berpindah ke sekolah baru. Di sekolah yang baru ini saya dapat mengenali lebih ramai kawan dan guru. Guru-guru di sekolah sewaktu saya darjah 3 sehingga darjah 6 kebanyakannya tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah.
Sewaktu menyambut hari guru pada darjah 6. Seorang guru berpesan kepada kami supaya menghadiahkannya pen merah. Katanya, "Saya mahu menanda kertas jawapan UPSR kamu semua." Akibatnya Guru saya itu menerima banyak pen merah daripada anak muridnya yang baik belaka ini.
Selepas UPSR saya berpindah ke sekolah menengah yang terletak bersebelahan dengan sekolah rendah. Di sekolah menengah ini, saya berpeluang mencuri ilmu dan bertukar fikiran bersama dengan guru-guru.
Sewaktu bersekolah menengah, saya dapat bertukar-tukar idea dan perbincangan saya bersama dengan guru-guru lebih meluas. Ada masanya perbincangan itu ada juga terselit dengan hal politik negara. Saya dan rakan-rakan sekelas pernah dirotan akibat bermain bola pada waktu hujan. Apabila tamat peperiksaan, saya berjumpa dengan kaunselor bagi membincangkan mengenai perjalanan selepas daripada tamat PMR dan SPM. Sehingga kini, saya masih lagi berjumpa dan berhubung dengan guru kaunselor ini. Beliau telah banyak membantu saya. (^_^)
Tamat PMR, saya sekali lagi berpindah sekolah dan masuk ke sekolah Teknik. Di sini saya mendapat kawan baru dan juga guru baru. Kami adalah pelajar pertama yang masuk ke sekolah itu. Di sekolah teknik ini terlalu banyak pengalaman yang dapat saya peroleh. Daripada ilmu berdikari hinggalah kepada ilmu berkawan.
Para guru sewaktu di sekolah teknik ini juga begitu hebat. Bagaimanapun saya belum cukup hebat. Warden asrama yang juga merupakan guru kami di sekolah banyak membantu, mendidik dan membimbing kami semua. Saya perlu katakan di sini, di sekolah teknik ini saya seperti dikelilingi oleh guru dan rakan-rakan yang cukup baik. Saya juga lebih banyak berfikir semasa berada di sekolah ini. Hinggakan pada waktu "prep" kami berbincang mengenai hal negara dan masa depan. (^_^)
Bersempena dengan sambutan hari guru, saya dengan rendah diri mahu mengucapkan, "Terima kasih Cikgu" Kepada semua guru yang telah mengajar saya mengaji, mengeja dan membaca. Bermula dari Tadika Kemas pantai dalam, Sekolah La Salle Brickfield, Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana, Sekolah Agama Batu 13 Puchong, Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana, dan juga di Sekolah Menengah Teknik Sepang.
Semoga Allah menyayangi semua guru yang telah mendidik dan membimbing kami, sebagaimana mereka telah menyayangi kami dahulu. Perluaskan rahmat dan limpahkan rezeki, dan kurniakan kesihatan kepada semua guru yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan ilmu yang meluas kepada kami.
"Terima kasih Cikgu."
7 comments:
hi ahmad din!ahmad din ni kan yang tulis novel aisyah dan roti canai tuh..heheee..actually sy dah lama beli buku tuh tpi tetibe klmarin tgok ada adress blog ni..best gak buku tuh eventhough sy rasa mcm pendek sgt novel tuh..takde yg baru ke?
Muhamad Siddiq : Terima kasih kerana telah membaca buku Aisyah dan Roti Canai. Semoga isinya dapat dimanfaatkan. :D
Buku baru insyallah, semuanya dalam proses perbincangan. Setelah siap akan saya umumkan di blog ini.
Terima kasih Muhamad Siddiq dan selamat menjadi orang yang hebat. :D
Asslm wbt.
Saya kenal Cikgu Zainab.
Saya kira Ahmad Din juga mengenali Cikgu Zainab yang saya kenal.
Ya, sepanjang saya bersekolah, saya ada mengenali dua orang Cikgu Zainab. Seorang di sekolah rendah dan seorang lagi di sekolah menengah.
:D
oh, saya silap.
saya cuma kenal Cikgu Zainab bt Hussin. Cikgu Sains saya semasa darjah 6 yang juga guru kelas Ahmad Din ketika itu.
Benar, Itulah Cikgu Zainab waktu saya di sekolah rendah.
Saya masih ingat cara beliau bercakap dan menjawab pertanyaan kami. Lembut dan tegas.
Cuma selepas tamat sekolah rendah sudah terputus hubungan terus dengan cikgu... :(
saya jadi hebat?haha..thanks abg din..sesusah je ckp..anyway sy mmg suka sgt novel tu..tapi pendek sgt la
Post a Comment