IKLAN

Orang hebat!

Sunday, February 20, 2011

Tips Menulis

Semalam bertempat di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya saya bersama dengan 150 yang lain telah menyertai Seminar Jana Wang Dengan Menulis yang disampaikan oleh Novelis Puan Ain Maisarah, Tuan Zamri Mohamad, dan juga Tuan Fauzul Na'im.

Sepanjang seminar itu berjalan, banyak ilmu menulis yang tidak terdapat di dalam buku di sampaikan oleh semua panel. Bagaimanapun saya mahu berkongsikan beberapa tips yang perlu dilakukan sebelum kita mula menulis.

Tips ini wajar digunakan jika kita mahu menjadi hebat seperti penulis-penulis yang mempunyai karya yang memandaikan pembaca.
  1. Pilih penulis idola : dalam hal ini kita perlu mengkaji dan memahami bagaimana cara kerja yang digunakan oleh penulis ini.
  2. Kajian mendalam : seterusnya kita perlu memastikan bahawa kita tahu apakah teknik dan kaedah yang digunakan oleh penulis ini sehingga membuatkan penulis ini dapat menghasilkan.
  3. Tiru : Terakhir sekali apa yang perlu dilakukan ialah meniru apa yang telah dilakukan oleh penulis yang telah kita kaji cara bekerjanya.
Kaedah ini mungkin boleh digunakan bagi semua bakal-bakal penulis yang tidak ada pengalaman menulis langsung. Dengan kaedah ini masa belajar kaedah dan skil menulis mungkin dapat disingkatkan.

Bagaimanapun pada masa yang sama kita perlu banyak membaca buku-buku yang terbaik. Seperti kata pepatah apa yang ditanam, itulah yang dipetik. Dalam hal menulis apa yang kita baca, itulah yang akan tertulis.

Moga-moga ia dapat membantu kita mula menulis karya yang pertama, kedua dan yang seterusnya.

No comments:

ahmad din