IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, February 16, 2011

Gunting Rambut

Di kedai gunting rambut tadi, saya berbual dengan tukang gunting rambut yang sudah pun berambut putih, "Mengapa sangat susah untuk melihat orang mudah kita yang mengusahakan kedai menggunting rambut. Di kawasan rumah saya itu, boleh dikatakan ramai pengusaha kedai gunting rambut yang mengupah pekerja asing. Malah ada yang tidak tahu berbahasa Malaysia."

Sambil tangannya ligat mengunting rambut, tukang gunting itu menjawab, "Sebenarnya orang kita ini semuanya mahu mudah. Mereka lebih suka berkerja di kilang dan mendapat gaji pada setiap bulan. Sedangkan dengan berniaga kita boleh mendapat wang lebih banyak berbanding bekerja di kilang."

Saya bertanya kembali kepadanya, "Pada pandangan tuan mengapa mereka tidak mahu masuk ke dalam bidang ini?"

Tukang gunting rambut yang memiliki dua buah cawangan kedai gunting rambut dan beberapa orang pekerja ini turut berkata, "Sebenar mereka ini tidak mahu belajar atau dengan perkataan yang mudah, malas. Sikap ini hakim mahkamah tinggi juga tiada kuasa untuk mengubah andai seseorang itu tidak mahu berubah menjadi rajin."

"Apa kata jika tuan membuat kursus menggunting rambut. Dengan pengalaman sepuluh tahun tuan ini. Pastinya ia dapat dilakukan dengan baik dan mudah-mudahan tuan dapat melahirkan pelapis dan usahawan dari orang muda."

Jawab beliau, "Saya biasa juga membuat kursus menggunting rambut ini dan ada sijilnya juga. Cuma jika kita masih lagi tidak bertindak untuk mengubah sikap kita. Kita tidak akan pergi jauh. Malah kita mungkin akan tetap berada di tempat yang sama sehingga ke akhir nyawa kita."

No comments:

ahmad din