IKLAN

Orang hebat!

Tuesday, February 22, 2011

Jodoh, Cinta dan Arnab.

Hujung minggu lepas, saya telah menonton satu rancangan Korea yang berjudul TV Animal. Rancangan kali ini benar-benar membuka mata saya mengenai jodoh dan pasangan.

Kisah untuk minggu ini menceritakan mengenai satu situasi yang berlaku kepada seorang pembela arnab. Pemilik Arnab ini mendapati semenjak setahun yang lalu arnab yang dibelanya kerap kali mati dibunuh akibat cedera diserang.

Oleh sebab itu beliau cuba menyiasat sendiri punca dan sebab-sebab berlakunya kematian arnab yang berulang itu. Dengan bantuan daripada sebuah syarikat penyiaran, pemilik arnab itu meletakkan beberapa buah kamera bagi memantau pergerakan yang berlaku di sangkar arnab itu.

Mereka menemui beberapa punca dan yang paling mengejutkan ialah kematian anak arnab semenjak setahun yang lalu adalah berpunca daripada bapa arnab itu sendiri iaito Toto. Bapa arnab itu mengejar dan mengigit langsung mencederakan anak-anaknya.

Setelah kajian dibuat berdasarkan rakaman video. Mereka mendapati setiap malam ada seekor arnab yang lain iaitu Toni datang dan cuba menganggu keluarga arnab yang diketuai oleh Toto di dalam sangkar itu. Menurut pemilik arnab, Toni dahulunya cuba merebutkan arnab betina iaitu Tini daripada Toto.

Toni dan Toto bergaduh bagi merebutkan Tini. Akibat daripada stress, Toto akan menyerang dan mencederakan anak-anaknya supaya toto dapat mengawan dan membuatkan arnab yang menyerang itu cemburu.

Sebagai penyelesaian, pemilik arnab ini menangkap arnab liar dan meletakkan nya bersama dengan pasangan yang baru. Manakala toto pula diasingkan daripada anak-anaknya dan dibiarkan berdua dengan pasangannya supaya streesnya reda.

Selesai menonton rancangan ini, saya teringat kepada satu ayat yang berbunyi, “Setiap makhluk dijadikan berpasang-pasangan. Apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha tanpa pernah jemu seperti yang dilakukan oleh Toni.”

4 comments:

Anyss Han said...

ooohhh... my.... tini.. toni... toto ... =__=" *coklat cadbury satu*

Ariffuddin Sani said...

Kata Tini, Toni dan Toto, "Kek coklat lagi sedap dari coklat cadbury."

^_^

Anyss Han said...

hahahhaa.. XD

kek coklat kek coklat kek coklat... apa kata kek vanilla .. :)

Ariffuddin Sani said...

Aiskrim vanilla pun sedap. :D

ahmad din