IKLAN

Orang hebat!

Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum kepada semua bakal jutawan, usahawan, doktor, jurutera dan bakal-bakal pemimpin kesemuanya.

Selamat tahun baru Hijrah. Sudahkah kita bersedia untuk berhijrah? Apa hijrah kita pada kali ini?

Apa juga persoalan yang ditanya dan apa juga yang hijrah yang kita rancang pastikan ia membawa keuntungan (kebaikan) kepada diri kita.

Daripada kurang baik kepada lebih baik. Daripada baik kepada yang terbaik. Hijrah asalnya bukan setahun sekali. Seorang sahabat saya berkata, "Kita perlu berhijrah pada setiap hari."

Dalam masa yang sama kita juga harus menetapkan matlamat yang hendak dicapai dalam masa setahun, dua tahun malahan dalam masa lima tahun akan datang.

Menurut Irfan Khairi (salah seorang jutawan internet di Malaysia) di dalam facebooknya "Tulis matlamat anda. Matlamat yang tidak ditulis, hanyalah angan-angan kosong. Matlamat yang bertulis, menjadi sesuatu yang nyata dan boleh dipegang. Lebih mudah untuk mencapai matlamat yang nyata daripada angan-angan sahaja."

Sekian, saya memetik kata-kata Anatole France (Pemenang Hadiah Noble (Kesusasteraan) 1921). Untuk melaksanakan sesuatu yang besar, kita bukan sahaja mesti bertindak, tetapi mesti juga bermimpi, bukan sahaja merancang, tetapi meyakininya.

(Doakan agar kita semua dikurniakan kekuatan untuk berhijrah dan mencapai cita-cita yang sudah kita catatkan!)

No comments:

ahmad din