IKLAN

Orang hebat!

Saturday, December 4, 2010

Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur 2010

Menurut Mark Twain, Jika kita tidak membaca buku yang. Kita tidak mempunyai apa-apa kelebihan ke atas orang yang tidak boleh membacanya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama saya tidak meng'update' blog, hari ini barulah berpeluang untuk membersihkan sawang-sawang yang terdapat di dalam blog ini. Alhamdulillah, buat masa ini saya sedang dalam proses menyiapkan sebuah lagi buku terbaru. Doakan agar saya dapat menyiapkan buku ini mengikut masa yang telah ditetapkan.
Dalam masa yang sama saya juga berhasrat untuk memberitahu mengenai facebook Ahmad Din. Semua pembaca dijemput untuk menjadi rakan Ahmad Din di facebook itu.
Selain daripada itu, 'update' kali ini saya hendak menghebahkan mengenai satu lagi pesta buku sebagai di penghujung tahun 2010 ini sebelum kita masuk ke dalam tahun 2011.
Tidak lama lagi akan berlangsung Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010. Di bawah ini adalah banner untuk mendapatkan kupon diskaun sekiranya berkunjung ke gerai PTS. Oleh itu, catatkan di dalam diari untuk berkunjung ke gerai PTS yang beralamat seperti berikut.
Tempat : Booth A49- A54 dan A70 -A72 PWTC
Masa : 22-26 Disember 2010
Banner PTS@Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010

Sekian, Assalamualaikum dan selamat menjadi orang yang cemerlang dalam setiap perkara yang kita lakukan. Insyallah boleh!

2 comments:

nadia said...

Salam. Insyaallah cadang'y nak pi la juga pesta buku ni. Nnt awk ada tak kat sana?

Ariffuddin Sani said...

Cik Nadia, Insyallah. Saya akan usahakan untuk pergi ke sana (jika masa mengizinkan). :)

ahmad din