IKLAN

Orang hebat!

Wednesday, October 27, 2010

Misteri Kehilangan Paul

Kehilangan Paul sedikit sebanyak memberikan kesan kepada peminat sukan terutamanya bola sepak. Pada perlawanan Piala Dunia yang lepas. Paul banyak menyumbangkan jasanya kepada industri bola sepak. Tekaan yang dibuat oleh beliau turut menjadi realiti. Oleh sebab itu, nyawa beliau turut terancam kerana pasukan yang kalah itu telah merancang untuk membunuhnya.

Paul berjaya ramal kemenangan Jerman ke atas England dengan tepat.

Setelah tamat perlawanan bola sepak. Beliau mula menceburkan dirinya ke dalam bidang politik. Mendiang Paul juga pernah meramalkan beberapa siri pilihan raya kecil di Malaysia ini pernah beliau ramalkan. Sekali gus Mendiang Paul turut mempunyai musuh di dalam arena politik.


Penglibatannya secara bidan terjun banyak menimbulkan rasa tidak senang kepada parti politik yang bertanding. Oleh sebab itu kematian beliau ini turut dikhuatiri berlaku disebabkan kerja khianat terhadap musuh politik dan sukan.

Menurut jurucakap balai polis sotong, "Kes ini di siasat di bawah akta khianat dan dengki sotong-sotong sedunia. Kami turut meminta bantuan daripada pihak Interpol kerana musuh Paul berada di seluruh pelusuk dunia. Bagaimanapun kami berharap agar semua sotong-sotong tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kematian Mendiang Paul. Pihak polis sotong akan meneruskan siasatan dan kepada semua saksi-saksi kami meminita agar mereka tampil dan memberikan kerjasama kepada pihak polis sotong."

Mendiang Paul atau nama gelarannya sotong kurita, octopus telah menamatkan hayatnya di Jerman dan dijangka akan disemadikan di dalam perkarangan akuarium yang telah menjadi rumahnya sebelum ini. Beliau mati pada usia dua setengah tahun.

Berita lanjut boleh dibaca di sini.

No comments:

ahmad din