IKLAN

Orang hebat!

Friday, October 29, 2010

Kembalilah semula ke penjara.

Hari ini genaplah 20 tahun Yusuf disumbatkan di dalam penjara. Yusuf dijatuhkan hukuman penjara kerana beliau telah didapati bersalah kerana mencuti sebuku roti di sebuah kedai runcit. Ketika hakim hendak menjatuhkan hukuman Yusuf telah ditanya apakah sebab yang mendorong beliau mencuri roti itu.

"Saya mencuri roti itu kerana saya sangat lapar."

"Mengapa kamu tidak membeli dengan cara yang betul?"

"Saya tidak mempunyai wang dan perniagaan saya kerana gerai tempat saya berniaga dirobohkan untuk dibina satu bangunan 100 tingkat di dalam tanah. Perniagaan saya musnah dan keluarga saya turut pergi meninggalkan saya."

Tanpa melengahkan masa Yusuf terus dijatuhkan hukuman oleh Tuan Hakim yang bijaksana sini itu. Ketika Yusuf sedang bersiap-siap untuk meninjau dunia luar namanya dipanggil oleh warden penjara.

"Yusuf bin Yaman!"

"Saya tuan."

"Hari ini pada tarikh 27 oktober 2020 awak akan di bebaskan. Semoga awak meneruskan kelauan baik di luar sana. Awak harus bersedia untuk menghadapi pandangan masyarakat luar. Saya juga berharap agar awak akan sabar dan tabah."

"Terima kasih atas kata-kata nasihat itu tuan. Doakan saya tuan."

"Yusuf kemudiannya berpelukan dan mengucapkan salam sebelum berpisah dengan warden penjara itu."


Setelah pintu penjara dibuka, Yusuf melihat deretan bayi di tinggalkan di tepi masjid di sebelah penjara itu. Setelah berjalan menghampiri kesemua bayi itu, yusuf bertanya kepada imam masjid itu.

"Ada pesta apakah ini tuan imam? Mengapa bayi ini semua dikumpulkan di sini?"

"Untuk pengetahuan tuan bayi ini semua adalah bayi yang tidak mempunyai ayah dan ibu. bayi-bayi ini ditinggalkan di sini supaya kami dapat membesarkan mereka seperti anak-anak yang lain."

"Di mana dan siapakah ayah dan ibu mereka tuan imam?"

"Seperti yang telah saya katakan sebentar tadi. Mereka ini semuanya tidak mempunyai ayah dan ibu. Jika ada sekalipun mungkin semuanya sudah bertukar menjadi binatang."

"Mengapakah tuan imam berkata begitu?"

"Maaf tuan ini berasal dari mana?"

"Saya ini namanya Yusuf dan saya baru sahaja dibebaskan dari penjara besi itu."

"Saya cadangkan agar tuan kembalilah semula ke penjara besi itu kerana di luar ini sudah tiada lagi kebebasan. Yang ada pada masa ini hanyalah kebejatan umat yang dicipta oleh profesor yang kalap*. Mereka melakukan semua kemusnahan ini demi memenuhkan kantung mereka dengan wang milik anak negeri."

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana saya dimasukkan ke dalam penjara. Di sebalik penjara sana rupanya Allah mahu memelihara saya dari segala tengkarap ini. Tidak mengapa, biar saya berbakti bersama dengan imam di sini. Mulai hari ini mari kita mulakan perubahan. Saya akan membantu imam semampu saya."

Kalap* : Hilang akal, tidak siuman, gila, dirasuk hantu (syaitan)

Selamat hari Jumaat.




ahmad din