IKLAN

Orang hebat!

Tuesday, August 10, 2010

Solat sunat Tarawih. Marhaban ya Ramadhan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Marhaban Ya Ramadhan!

Alhamdulillah marilah kita sama-sama bersyukur kerana dengan nikmat iman dan Islam kita telah dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan 1431 hijrah ini sekali lagi.

Insyallah, sekiranya esok dimaktubkan untuk kita mula berpuasa. Insyallah pada malam ini kita akan bermula memulakan solat sunat Tarawih.

Solat sunat Tarawih ini adalah solat sunat yang sangat susah untuk kita dirikan. Kita hanya boleh mendirikan solat sunat Tarawih ini pada bulan Ramadhan sahaja.

Insyallah, pada Ramadhan kali ini kita tunaikan solat sunat Tarawih ini pada setiap malam. Kita dirikan solat ini sama ada secara berjemaah, sendirian, berdiri, duduk, baring dan apa cara sekalipun. Kerana barang kali ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk kita.

Di bawah ini ingin saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan solat sunat Tarawih.

1. Waktu solat sunat Tarawih bermula selepas sahaja menunaikan solat fardhu Isya sehingga menjelang subuh.
2. Ekslusif di dalam bulan Ramadhan sahaja dan tiada di dalam bulan-bulan yang lain.
3. Boleh didirikan sebanyak 20 rakaat dan juga 8 rakaat.
4. Niat solat sunat Tarawih "Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat Makmum kerana Allah Taala".

Insyallah kita raikan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Saya memohon maaf jika ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukan kepada Tuan dan Cik Puan semuanya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.

Sekian, puasa jangan tak puasa.


No comments:

ahmad din